terkini dan sensasi

Khamis, 6 Ogos 2015

Jaga dan didik anak

Assalamualaikum...(^ ^)


Susah ke nak jaga dan didik anak²?

Bagi Mas jaga anak ni ada susah senangnya, ada cabarannya. Sebagai ibu bapa kita kena pandai ambil pendekatan bagaimana nak hadapi apa situasi sekali pun dalam membesarkan mereka.

Kena cukup didikan agama, kena rotan jugak, kena ada sesi bersemuka jika anak² tak puas hati, kena bagi pujian, kena bagi pengajaran jika buat salah, kena tahu siapa kawan² mereka dan macam² lagi yang kena buat. Tak boleh lepas tangan!

Macam anak² Mas, kadang tu tak diduga perangai masing². Kena sentiasa alert dan tahu kehendak mereka. Apa yang boleh Mas bagi, tapi kalau rasa tak perlu dan tak sesuai memang tak layan punya. 


Bab memberontak memang tak boleh dielakkan. Tak turuti kehendak kata kita tak sayang, marah sikit kata kita tak sayang jugak. Jadi kena pandai main peranan, jelas elok² kenapa mama tak bagi dan kenapa mama marah. Bukan cara keras tapi cara lembut dan halus!

Yang penting jangan lupa doa. Moga anak² Mas dan anak² kita semua dilindungi dari sebarang perkara negatif. Paling takut tengok gejala sosial sekarang yang libatkan anak². Kalau kita alpa sikit nak menangis airmata darah pun tak guna dah.

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com