Assalamualaikum...(^ ^)
Seronok bawak anak² menonton filem ni sebab mereka sangat gembira menontonnya. Banyak pengajaran berguna diperolehi!
Sinopsis filem
Mengisahkan tentang seekor dinosaur bernama Arlo bersama keluarganya. Arlo sangat penakut dan kurang keyakinan diri. Sehinggalah satu hari insiden berlaku dan Arlo dihanyutkan arus sungai jauh dari rumahnya. Dengan bantuan sahabat barunya iaitu Spot, Arlo melalui pelbagai pengembaraan dan pengalaman yang membuatkan dia lebih berani dan yakin.
Review The Good Dinosaur
Walaupun filem ini hanya filem animasi biasa tetapi banyak elemen pengajaran dan nilai murni yang dipaparkan. Jalan cerita pun mudah difahami oleh anak² dan watak dinosaur yang comel buat mereka seronok menontonnya. Babak kelakar dan sedih pun bisa membuat kita ketawa dan menangis walaupun hanya animasi. Memang pengarahnya berjaya!
Penggunaan teknologi dan kemampuan produksi filem ini menghasilkan cerita animasi ini seakan realiti memang harus dipuji. Ternyata memukau!
8 bintang untuk Arlo dan keluarganya.
best bwk anak2 :)
BalasPadamUishh macam nak kena tengok ni! hehehe
BalasPadamMacam best je kak mas... nk tengok tp belum ada kesempatan lagi. Huhuhu
BalasPadamassalamualaikum mas..seronokkn cuti2 bawa anak2 berjalan2 n tengok movie...:)
BalasPadam