Assalamualaikum...(^ ^)
Ini filem hindustan kedua Mas tonton di pawagam selepas catat sejarah 7 kali masuk pawagam dek kerana Dilwale, hehehee! Mas tertarik nak tonton filem ni sebab teruja dengan watak yang dilakonkan oleh ShahRukh Khan. Memang Mas peminat tegar SRK tapi sebelum ni tak pernah tonton filem dia di pawagam. Bermula dari Dilwale sebab comeback SRK dan Kajol, Fan sebab watak yang beliau lakonkan sangat berbeza dari filem² lain.
Sinopsis filem
Mengisahkan Gaurav Chandna yang merupakan peminat tegar kepada pelakon Aryan Khanna. Kehidupannya hanya tertumpu pada Aryan sehingga menggelarkan dirinya Aryan Khanna junior. Dia jugak sanggup pergi ke Mumbai untuk berjumpa dengan idolanya itu. Dek kerana ketaksuban dan kegilaannya kepada Aryan, Gaurav sanggup melakukan perkara di luar batasan sehingga merosakkan nama baik pelakon kesayangannya. Apabila dia dapat bertemu Aryan beberapa konflik terjadi sehingga daripada peminat setia dia menjadi musuh utama kepada Aryan Khanna.
Review Fan
Apabila menonton filem ini sejujurnya pujian harus diberi pada watak Gaurav yang dilakonkan oleh SRK. Memang karektor itu sangat berbeza, tak nampak langsung seperti SRK yang berlakon. Memang tak sangka seorang yang berumur 50 tahun berjaya melakonkan watak pemuda berumur 20 tahun dengan baik sekali.
Plot dan jalan cerita agak ringan dan mudah difahami, ia lebih kepada kisah hidup SRK yang dikeliling ribuan peminat. Mungkin realitinya tiada peminat yang sanggup bertindak seperti Gaurav semata² dek kerana minat dan sayang setengah mati kepada pelakon kesayangannya. Tapi memang ada sesetengah peminat sanggup buat apa saja untuk artis yang digilai.
Walaupun ini satunya filem hindustan yang tiada lagu tapi elemen kelakar, kasih sayang dan sedih yang diselitkan membuatkan Mas tak bosan menontonnya. 2½ jam rasa macam sekejap je. Jadi Mas terhibur menontonnya dan 8 bintang untuk Fan!
Wahhh, nak tgk jugaqlah :)
BalasPadamtakde lagu?menarik tu..kena tengok ni.minat SEK jugak
BalasPadamWah..8 bintang..Betul2 best ni..Saya dah kureng layan citer hindustan sekarang..Dulu sebelum kawen, mmg peminat no.1..
BalasPadamBaru semalam tengok trailernya...nampak best.
BalasPadam