mrs secretary

Selasa, 11 Oktober 2016

Seronoknya ke Aquaria KLCC!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari² Airis berzikir kat telinga mama bertanya "Bila nak tengok fish?" Dia memang minat dengan haiwan ni. Pernah bawak dia pergi Zoo Negara dan Farm In The City tu, dia memang teruja. Takde langsung rasa takut, semua haiwan dia berani pegang dan sentuh. 


Jadi Ahad lepas Mas tunaikan janji pada dia nak tengok fish. Tempat pilihan sudah tentunya Aquaria KLCC! Kakak dan abang dia pernah sekali datang sini pada tahun 2007. Buat Airis ia merupakan pengalaman pertama dia, jadi memang seronok terlebih sikit. Mamanya pun seronok jugak, hehehee.

Tak mahal ke masuk Aquaria KLCC?

Memang ada kawan² yang bertanya tak mahal ke masuk situ. Bagi Mas memanglah tiket dia agak mahal tapi pengalaman yang anak² rasai dan kegembiraan mereka lagi mahal nilainya. Tak salah kita bagi mereka rasa pengalaman tu sekali seumur hidup. 


Bagi yang tak pernah masuk ke Aquaria KLCC, ini senarai harga tiket. Bagi kita pemilik MyKad harga akan lagi murah! RM46 untuk dewasa, RM43 untuk warga emas 60 tahun ke atas dan RM35 untuk kanak² (3 tahun ke bawah percuma).

Melangkah je masuk ke Aquaria ni kita akan nampak Piranha Tank ni dulu. Bila dekati cermin tu ikan² ni akan berenang ke arah kita, mungkin ikan ni ingat kita nak bagi makan kot? Kalau perhatikan betul² boleh nampak gigi piranha yang tajam, kalau tak silap Mas ada 150++ batang gigi. Kalau ikutkan piranha tak makan orang pun tapi kalau habitatnya terancam piranha akan menyerang.


Pastu kami bernasib baik semalam dapat tengok ikan² diberi makan. Paling seronok tengok masa mereka bagi makan Ikan Sumpit. Makanan akan diletak di board target pastu ikan tu akan sumpit air untuk jatuhkan makanan. Wahhh memang hebat, tepat je ikan tu sumpit air mengena sasaran.

Bagi Mas memang sesuai bawak anak² ke Aquaria ni. Sekurang²nya mereka dapat mengenali hidupan air yang terdiri dari pelbagai jenis spesis. Bukan setakat pelbagai jenis ikan je tapi ada jugak hidupan lain yang dapat mereka kenali! 


Jom tengok gambar hidupan air di Aquaria KLCC!









1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com