Assalamualaikum...(^ ^)
Semalam lagi sekali Mas kena buat Echo yakni scan jantung!
Sebenarnya takde yang serius pun cuma sejarah masalah jantung masa mengandungkan Airis. Masa tu memang ada bunyi kat jantung dan selalu sangat rasa penat. Pastu masa keguguran 4 bulan lepas masalah tu ada semula, siap kena sakit dada lagi selepas buat DnC.
Jadi untuk kesan mana tau ada masalah serius, kenalah buat Echo. Echo ni adalah cara yang paling berkesan untuk kesan masalah jantung. Dada kita akan discan macam scan baby kat perut tu! Boleh nampak keseluruhan jantung kita serta boleh kesan apa saja masalah di jantung. Injap tersumbat ke, jantung berlubang ke, jantung bengkak ke dan macam² lagi.
Selesai Echo semalam memang tak boleh tengok keputusan lagi. Hari Khamis ni baru jumpa doktor pakar untuk review keputusan Echo. Harap sangat takde masalah yang serius dan jantung Mas sihat. Memang tak pernah kena sakit dada dah lepas DnC hari tu, cuma risau jugaklah. Bab jantung ni bukan boleh pandang remeh kan?
Fuhhhh berdebar² nak tunggu esok!
inshaallah semoga dipermudahkan
BalasPadamnak buat, tak sempat lagi. huhuhu
BalasPadamSemoga sis massaari sihat. Jantung kena jaga 😉
BalasPadamhospitakl putrajaya? ramai orang kan
BalasPadamCamne result nyer?
BalasPadamMoga ok la te ☺☺☺