mrs secretary

Sabtu, 14 Januari 2017

Buku sekolah 5 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila cikgu tadika Airis bagitau akan bagi buku² sekolah untuk ditulis nama dan disampul, Mas pun terus cakap "Wahhh budak 5 tahun pun ada buku teks dan buku latihan jugak." Sebab masa kakak dan abang dia dulu takde pun.


Bila babahnya bawak balik, inilah buku²nya. Ada 19 buah semuanya terdiri dari buku teks, buku aktiviti dan buku tulis. Seperti biasa subjek yang ada ialah Bahasa Melayu, English, Matematik, Pendidikan Jawi, Bahasa Arab dan Sains. Fuhhh rasa kesian kat Airis, anak umur 5 tahun dah belajar Sains. Mama dulu tingkatan 1 baru kenal dan tahu apa itu Sains. Beratnya tanggungjawab anak² untuk belajar!

Nampaknya tahap pembelajaran sekarang lebih mencabar dan sukar terutamanya untuk anak seusia Airis. Yelah baru 5 tahun dah kena belajar begitu banyak matapelajaran. Walaupun hanya yang asas tapi semuanya perlulah usaha bersungguh². Jadi anak² kena lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Jangan hanya harapkan guru² di sekolah sahaja mendidik anak², kita ibu bapa jugak kena membantu. Kena sentiasa ambik tahu apa yang anak pelajari di sekolah dan pastikan mereka boleh mempraktikkan apa yang diajar. Bantu mereka ulangkaji, bantu mereka buat homework dan bantu mereka buat latihan. Barulah matapelajaran yang mencabar itu jadi mudah untuk mereka.

Moga Airis dapat belajar dengan baik dan mampu hadapi arus pendidikan yang makin canggih ni. Mas dan husband doakan yang terbaik!

2 ulasan:

  1. Alahai Mas. Budak 5 tahun pun dah kena belajar sains ke?😂
    .
    Sistem kat malaysia ni katanya nak lari dari peperiksaan.
    .
    Dah kenapa macam makin berat je.
    .
    Sedangkan pendidikan terbaik didunia seperti di jepun pun tak tekankan sangat pasal akademik di usia muda ni.
    .
    Masa kecil ni fokus pada displin & sikap. Ok je maju negara mereka 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kesian kat anak² kan? rasa macam kecik lagi depa nak belajar sains seawal usia 5 thn.

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com