Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 13 Januari 2017

Group whatsapp sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

3 anak sekolah ada 3 group whatsapp sekolah. Belum tambah dengan group lain lagi, mau jammed telefon kalau banyak mesej masuk, hahahaa! 


Tapi hari ni nak cerita pasal group whatsapp sekolah anak². Bagus sebenarnya ada group ni, memudahkan cikgu untuk sampaikan maklumat pada ibu bapa. Takdelah berlaku keciciran maklumat penting kan? Kalau cikgu sampaikan pada anak² atau bagi surat kadang mereka lupa nak bagitau. Surat pulak hilang entah kemana, dah dibuatnya roket masa kat sekolah.

Pastu senang jugak untuk kita bertanyakan hal anak² di sekolah. Bukanlah hal yang terlampau peribadi, yang umum je. Kalau peribadi tu seeloknya whatsapp secara peribadi pada guru kelas dia, janganlah tanya dalam group. Mengaibkan kita dan anak² pulak kan?

Tapi, haaaaa ada tapi tau! Kadang group whatsapp sekolah ni ada jugak yang menjengkelkan, terutama ibu bapa yang terlebih emosi atau ambik berat.

Misalnya cikgu whatsapp satu maklumat untuk makluman semua ibu bapa. Bagi Mas cukuplah sekadar baca maklumat tu, ambik maklum dan faham. Tak perlulah nak balas. Kalau dalam group tu ada 120 orang ibu bapa, bertalu²lah mesej masuk. Mau tak jammed telefon sampai panas! Kesian jugak pada orang lain yang tengah kerja ke atau nak jimat bateri telefon ke.

Lagi satu kalau ada sesuatu isu nak dibincangkan oleh cikgu, bincang elok² dan tak perlulah terlalu emosional. Ada setengah tu sampai bergaduh kata² dengan ibu bapa lain sebab tak sependapat. Pastu keluar dari group sebab tak boleh kawal kemarahan atau emosi. Laaa tak perlu sampai camtu, bawak berbincang elok². Kalau rasa tak setuju whatsapp secara peribadi dengan cikgu, lebih manis kan?

2 ulasan:

  1. Betul tu Mas..Akak lebih banyak silent reader ja,kalau ada benda penting baru la akak reply mesej kat whatapps tu..

    BalasPadam
  2. taska anak saya pun ada group whatsapp jugak....heee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com