Terkini dan Sensasi

Khamis, 12 Januari 2017

Kisah Atikah dan asrama

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah masuk 2 minggu Atikah di asrama. Rindu tak? Tentulah rindu kan, anak yang kita jaga dari umur 1 hari sampailah umur 13 tahun. Tiba² dia takde kat rumah, mestilah rindu tu ada. Kadang nak tersasul jugak terpanggil nama dia, dan ada masa tertanya kat adik² dia mana kakak? Masa tu sebak rasa tapi kena tahan perasaan tu.


Keadaan dia di asrama alhamdulillah. Ahad lepas pihak asrama bagi kebenaran keluar, jadi dia telefon suruh Mas ambik. Dapatlah keluar dari jam 12 tengahari hingga 6 petang. Nampak je dia tengok macam seronok duduk asrama, tapi muka nampak penat. Terus tanya "Camne tinggal kat asrama, seronok ke? Makan camne? Aktiviti camne?" Haaa mamanya tak sabar² tanya soalan, hehehee! 

Dia jawab seronok, cuma penat sikit sebab aktiviti padat. Pastu bab makan pulak, kadang makanan tak cukup katanya. Kalau turun lambat ada jugaklah lauk² yang tak cukup. Pastu nak cuci baju pun takde masa sebab aktiviti padat dari jam 5 pagi hingga 11 malam. Nak basuh guna mesin basuh boleh tapi kena beratur panjang sebab mesin ada satu je. Huhuhuu kesian jugak bila dengar sebab mama tak pernah dok asrama masa sekolah, masa universiti pernahlah. Tapi tak sama kan?


Mas cakap kat dia kena lebih teratur uruskan masa. Dok asrama memang jadual padat, jadi kena pandai ambik peluang jika ada masa lapang. Bab basuh baju kalau tak sempat Mas suruh dia basuh baju sekolah je, berus sendiri lagi cepat. Baju hari² tu Mas boleh ambik basuh kat rumah sebab dekat kan? Bab makanan pulak, Mas suruh dia turun awal bila waktu makan. Takdelah nanti tak cukup lauk.

Haaa itu jelah kisah Atikah di asrama, takde masalah yang serius sangat. Masalah kecil² tu biasalah, baru lagi kan? Nanti dah serasi, alah bisa tegal biasa. Mas dan husband doakan yang terbaik untuk dia. Harap kakak tak seriklah dok di asrama, hehehee! 

3 ulasan:

  1. teringat time skolah asrama dulu..hehe..mmg padat betul..
    cuma duk asrama ni dia buat kita jd berdisplin dan dekat dengan Allah..banyak aktiviti kerohanian..hehe

    BalasPadam
  2. Atikah, semoga dipermudahkan urusan ye...Besar dah anak kak mas...13 tahun...for sure akak rindu dia...alaa juju plak rasa sebak...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com