mrs secretary

Isnin, 6 Februari 2017

Giliran abang pulak

Assalamualaikum...(^ ^)

Servis bertukar tangan! 

Sekarang giliran abang pulak bertanggungjawab bantu jaga dan uruskan adik. Masa kakak belum dok asrama selalunya dialah yang bantu Mas uruskan Airis seperti mandikan dia, buat susu dia atau temankan dia ketika bermain. Pendek kata kakaklah banyak bantu, abang Arfan tau main je.


Bila kakak dah kat asrama dialah yang kena bantu, tak boleh nak malas² dan banyak alasan lagi. Mulanya Mas kurang yakin dengan Arfan ni, maklumlah anak lelaki kan? Dia punya otak asyik fikir pasal main je. Pernah sekali tu dia ajak adiknya main kat luar, sebelum pergi tu Mas dah pesan jaga adik dan jangan asyik main je. Sekali bila Mas keluar tengok adiknya sesorang je main basikal, dia entah kemana dengan kawan². Haaa apa lagi kena leterlah dengan mama. Mas cakap, "Adik tu kan tanggungjawab abang kena jaga bila main kat luar. Tak boleh biarkan dia sorang²!"

Sejak kena marah tu dah boleh haraplah jaga adik, cuma sebelum keluar main kena selalu pesan. Pastu kalau minta tolong buatkan susu adik pun dah lulus. Kadang kalau babahnya kerja shif malam atau off, dialah yang bantu babah kat rumah. Bila babahnya sibuk siapkan kerja baiki kereta memang harapkan dia yang jaga dan uruskan adik. Walaupun selalu bertekak bergaduh tapi kejap je, kang baik semula. Hehehee, gitulah adik beradik.

Nak tinggalkan dia berdua dengan adik pun dah boleh harap kalau babahnya nak ke kedai beli barang sekejap. Tapi sebelum keluar tu kena pesan berbakul²lah, kalau tak dia leka. 

Tapi takpe, kena bagi dia masa sikit. Dia boleh jaga adiknya tu!

2 ulasan:

  1. hahahaa.. kan kak anak laki gitu agaknya.. tapi yakin dia boleh jaga adik.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com