Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 24 Februari 2017

Sambal Hitam Pahang sedap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas anak jati Pahang, jadi memang tahu tentang kewujudan dan kesedapan Sambal Hitam Pahang ni. 

Dulu arwah mak selalu buat sambal hitam ni sebab kat rumah ada pokok belimbing buluh. Setiap kali belimbing tu berbuah lebat, arwah mak mulalah projek sambal hitam dia. Tapi masa dedulu hanya buat gunakan buah belimbing buluh sahaja, tak campur bahan² lain. Belimbing direbus dalam kuali besar atas api kayu, berjam² rebusnya sampai belimbing jadi hitam dan kering. Pastu simpan dalam balang kaca, boleh tahan bertahun². Bila nak makan barulah gaul dengan cili + ikan bilis yang ditumbuk, nak campur tempoyak pun boleh. Fuhhh memang boleh habis 2-3 pinggan nasi kalau makan!


Tapi sekarang zaman dan makin moden dan canggih, jadi Sambal Hitam Pahang ni dah dibuat dengan pelbagai perisa dan rasa. Tapi keaslian menggunakan buah belimbing buluh tu tetap dikekalkan. Cari je tentang Sambal Hitam Pahang pasti kita akan dapat tengok ramai peniaga² online jual. 

Mas pun tak ketinggalan nak cuba, nak membuat tu bukannya tak pandai tapi dek kekangan masa dan tiada bahan² maka kita beli je. Kebetulan ada rakan blogger KBBA9 jadi agen untuk Sambal Hitam Pahang ni. Masa Family Day KBBA9 tu dia ada bawa, teruslah beli 2 pek. Mas ambik yang extra hot punya, baru terangkat sikit bila makan! 

Satu pek Mas buat stok kat rumah dan satu lagi Atikah bawa bekal ke asrama. Bila makan memang sedap, tak tipu tau! Keaslian sambal hitam dia tu memang terasa, dengan pedas lagi. Makan dengan nasi panas memang tak sedar licin sepinggan. Anak Mas si Arfan tu boleh makan nasi 3 kali sehari dek kerana Sambal Hitam Pahang ni, kalau tak dia nak makan nasi memang payah. 

Tak sampai seminggu dah habis stok sambal, Atikah kat asrama pun bagitau stok dia pun dah habis. Apa lagi terus repeat order, kali ni beli 5 pek terus. Haaa lepas ni hari²lah Mas dok buka periuk nasi, hancurlah diet. Hahahaa!


Haaaaa tak kan korang nak baca je, kena order cepat sebelum kehabisan stok. Nanti melepas gigit jari Mas tak boleh nak tolong. Kalau berminat nak cuba boleh order dengan pengedar sah atau agen yang sah. Bukan sahaja ada jual Sambal Hitam Pahang tapi ada jugak pelbagai jenis sambal lain dan pes.

Pengedar Sah 

Agen Sah (Dengkil, Sepang & Putrajaya)
Whatsapp: 017-9397536 (Sue Izza)


4 ulasan:

  1. dayah oernah makan yang mak kawan dayah buatkan, memang sedap sambal hitam orang pahang buat, ni dah ada bungkus siap macam ni lagi best..hehe boleh bawak pergi travel..haha

    BalasPadam
  2. Memang sedappp! Nak repeat order gak lah, stok kat rumah dah habis ni

    BalasPadam
  3. Wow..kena cuba ni nanti. First time kenal sambal hitam lepas kawen sebab suami orang pahang..memang feveret ni, adeh

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com