Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 26 Mei 2017

Esok puasa, apa yang dirindu?

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, esok dah puasa. Ni pun dah dok terfikir² apalah nak masak sahur nanti untuk husband dan anak². Tanya diaorang jawapannya, "Telur jelah mama!" Hurmmm itu jelah lauk kegemaran sepanjang zaman, tak pernah bosan diaorang ni dengan telur.  Mas ni memang tak makan nasi kalau sahur, jadi takdelah kisah sangat. 

Bila mula puasa ni, pasti ada perkara yang kita rindu kan? Rindu nak buat macam puasa dulu², sebab ada sesetengah perkara tak dapat dah kita lakukan sekarang. Bukan kita tak nak lakukan tapi mungkin dek perubahan zaman, kekangan masa atau kurang diamalkan dah. 


Antara perkara yang Mas rindu ialah jalan kaki ramai² ke masjid untuk terawih. Masa dok kampung memang tiap malam ikut mak ke masjid untuk terawih, jalan kaki je. Seronok sangat! Pastu lepas habis terawih ada moreh, makan ramai² dengan penduduk kampung. Masa kat UiTM pun sama jugak, jalan kaki ramai² ke Pusat Islam untuk terawih. Yang perempuan semua pakai telekung terus, putih je nampak dalam samar² cahaya lampu jalan. Tapi bila dah kahwin dan ada anak² susah dah nak ke masjid, kekangan masa dan keadaan tu tak mengizinkan. Jadi kenalah buat terawih kat rumah je.

Pastu rindu hantar juadah berbuka puasa ke jiran² berhampiran dengan rumah. Siap je mak masak teruslah dia suruh hantar kat jiran sebelah, nanti bila balik dapatlah juadah balasan. Kalau 3-4 jiran maka dapat bermacam² juadahlah untuk berbuka, meriah! Tapi sekarang dah kurang diamalkan, kat kawasan perumahan Mas ni kadang² tu adalah jugak. Mas pun kadang memberi dan kadang tak, tengok pada keadaan. Jadi memang rindulah saat tukar² juadah berbuka ni!


Lagi satu majlis berbuka puasa di masjid atau surau. Kalau dulu dok kampung memang wajib ada majlis camni setiap kali puasa, biasanya minggu terakhir Ramadhan. Semua penduduk kampung akan gotong royong memasak juadah dan berbuka puasa ramai². Masa Mas dok kuarters bomba pun ada jugak majlis camni, meriah sangat! Tapi bila dah dok taman perumahan memang takdelah, sebab kebanyakan penduduk sibuk dengan urusan masing².

Banyak lagi sebenarnya yang Mas rindu tapi biasalah masa berubah kan, jadi banyak perkara yang dah berubah. Cuma yang dirindu tu dapat kita kenang dan dijadikan memori jelah. Kita cipta memori baru pulak untuk anak² rindu bila mereka dah dewasa nanti. 

Selamat bersahur dan berpuasa pada semua pembaca www. massaari.com!

4 ulasan:

  1. kita rindu arwah nenek,sobs sobs,banyak sangat kenangan puasa dengan nya huhuuuu dari kecik rapat ngan nenek,cuti sekolah dok umah nenek,siap sukarela cuti je balik sendiri umah nenek,puasa pun sama cuti sekolah je kemas kain baju balik sendiri.huhuuu

    BalasPadam
  2. semangat bulan puasa dia lain..apa yang dirindu tu aura ramadan tu..mmg lain haha

    BalasPadam
  3. rindu suasana pergi beraya rumah ke rumah kutip duit raya..haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com