terkini dan sensasi

Selasa, 30 Mei 2017

Juadah berbuka puasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang kalau puasa ni pilih memasak sendiri, makan di restoran atau beli je kat bazar Ramadhan. Bagi yang bekerja mungkin kebanyakkannya makan di luar atau beli di bazar jadi pilihan, tapi mungkin ada jugak yang sempat memasak.


Macam Mas dari 1 Ramadhan hinggalah ke semalam masih lagi mampu dan berkesempatan untuk masak sendiri. Insya Allah hari ni pun Mas akan masak juadah berbuka, lagi pun Mas masih bercuti. Tapi bila dah mula bekerja nanti Mas akan cuba sedaya upaya untuk masak, sebab waktu balik kerja pun diawalkan ke pukul 4 petang. Sempat ke tak Mas akan masak juadah yang ringkas dan mudah je, janji boleh kenyangkan perut.

Sebenarnya masak sendiri ni lebih puashati makan sebab ia dijamin kena dengan selera kita, dan di samping tu bolehlah berjimat sikit. Memang diakui belanja beli barang dapur dan bahan memasak tu agak mahal jugak berbanding dulu tapi kepuasan sediakan masakan dari air tangan sendiri tu yang berbaloi. Lagi pun anak² dah besar ni kenalah masak lebih sikit dan mereka pun lebih suka makan apa yang kita masak. 

Pastu macam Mas masak sekali je, cukup² untuk berbuka dan sahur. Kecualilah juadah tu sedap sangat sampai habis dimakan semasa berbuka, maka sahur kenalah masak lauk lain. Tapi biasanya menu sahur tu ringkas dan mudah je, satu lauk pun dah mencukupi. 



Setakat semalam, beberapa juadah yang dapat disediakan untuk husband dan anak². Memang 2-3 jenis dan kuih pun dapat buat sebab Mas masih bercuti. Untuk hari ni pun dah ada menu²nya, tinggal nak buat kecoh kat dapur je. Cuma bila dah mula kerja esok kenalah menu² yang lebih ringkas dan mudah, sebab masa terhad kan? Kuih pulak kalau sempat buatlah, kalau tak beli je. 

Jom masak korang, seronok memasak ni. Juadah apa dah fikir ke?

3 ulasan:

  1. yup masak sendiri puas hati..tapi kalau rasa nak tu ada juga la stu lauk beli dekat bazar..hehe

    BalasPadam
  2. IQ balik kerja pkul 4 setengah, dua hari kerja ni dua2 hari singgah beli makanan di bazar, sebab tak tahu nak masak ape..hihihihi

    BalasPadam
  3. Banyaknya menu... Rajin Kak Mas, Kalo mummy satu , dua je buat.. sebab hero2 ni takleh bagi pilihan byk2, nanti dia tak makan pun.. Satu menu je dia hadap..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com