Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 23 Mei 2017

Kuih wajib buat bila puasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang penggemar kuih tradisional terutama kuih muih yang arwah mak pernah buat. Sekarang anak² pun dah ikut mama dia, sukakan kuih tradisional. Jadi setiap kali bulan puasa mesti nak kena ada kuih untuk juadah berbuka, kalau takde tu mesti anak² tanya.


Kalau dulu masa mak masih ada, setiap kali puasa mesti suruh mak buat macam² jenis kuih. Memang tak lengkap buka puasa tu tanpa kuih dari mak. Bila mak dah takde memang rindulah nak makan kuih muih yang dia buat, jadi kenalah belajar buat sendiri kan? Mas pun bukan pandai sangat buat, jadi kena minta resepi dengan adik sebab dia pakar buat kuih macam arwah mak. Bila dah ada resepi tu Mas cubalah buat sehingga menjadi, dan bila dah pandai bolehlah buat setiap kali bulan puasa. 

Kuih yang Mas pandai buat ni bukanlah yang rumit pun, semuanya yang ringkas dan mudah dibuat. Kiranya dalam sejam dah boleh siap. Pastu Mas buat kuih yang Mas dan anak² suka makan je. Macam husband dia suka jugak tapi tak semua, ada sesetengah je yang dia makan. Tapi Mas seronoklah buat sebab anak² gemar makan kuih tradisional, jadi memang semangatlah setiap kali nak buat. 

Antara kuih muih yang wajib Mas buat setiap kali bulan puasa ialah Buah Melaka, Sagu Gula Melaka, Bubur Biji Nangka (Bubur Candil), Kuih Kepek Hidung, Kurma Kukus, Cek Mek Molek, Apam Beras, Lepat Pisang dan Kuih Sagu. Haaaaa itu jelah antara kuih yang Mas pandai buat setakat ni.



Sebenarnya ada lagi kuih yang arwah mak selalu buat dan Mas suka makan, tapi tak mahir lagi nak buat. Antaranya Kuih Kaswi, Kuih Talam, Kuih Lapis, Lompat Tikam dan Dodol Kukus. Sedap² semua kuih muih ni, puasa tahun ni nak cubalah buat. Kena minta resepi dengan pakar kuih tradisional ni, iaitu adik Mas. Hehehee, moga Mas berjaya buat!

5 ulasan:

  1. tak start bulan puasa lagi dah terliur tengok kuih2 ni, misi mencari kuih muih di bulan puasa nanti! =)

    BalasPadam
  2. sedap2 semua tu..sy tak pandai la sangat buat kuih..hehe

    BalasPadam
  3. Tak pernah rasa kuih lompat tikam..sedapnya tgk semua kuih ni kak mas aduyaiii

    BalasPadam
  4. Bulan Ramadhan la bulan yang ditunggu ramai. Disamping perbanyakkan amal ibadah dapat juga menjamu pelbagai juadah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com