mrs secretary

Rabu, 24 Mei 2017

Pening fikir menu berbuka

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa ini situasi yang selalu dihadapi oleh mak² dan isteri² kan? Walaupun lagi 3 hari nak mula berpuasa pasti mereka dah dok fikir lauk apalah nak masak untuk sahur dan berbuka nanti. Kalau boleh nak menu yang ringkas, mudah dan senang disediakan, lagi² bagi isteri² yang bekerja kan?

Macam Mas pun sama, dah dok fikir lauk apa nak masak sahur pertama dan berbuka hari pertama nanti. Dalam kepala dok ligat fikir menu yang mudah² dan boleh membuka selera. Biasanya menu seperti sambal tumis dan goreng² je sebab itu yang mudah disediakan, kalau yang berkuah ni sekali sekala bolehlah. Nak makan selalu muak jugak kan?


Nak senang fikir menu untuk seminggu terus, hahahaa sekali harung je. Terus tulis senarai apa lauk pauk yang nak dimasak kan, senang jugak camtu. Kang dok fikir punya fikir sampai pukul 5.30 petang masih tak tahu nak masak apa, tak gitu? Maklumlah bila masuk dapur tu terus buntu apa nak masak, lagi pun bila berpuasa selera tu lain macam sikit. 

Mas pun kadang beku jugak otak fikir nak masak apalah berbuka nanti, jadi idea fikir menu untuk seminggu ni bagus jugak kan? Haaaaa bolehlah fikir dari hari ni, tanya husband dan anak² apa mereka nak makan. Kalau jawapannya ikut mamalah, maka buat senarai siap². Nak bantah di kemudian hari memang tidak akan dilayan, hehehee! 

Nak belek gambar menu² berbuka tahun² lepas kat Instagram lah, bolehlah dijadikan menu berbuka tahun ni pulak. Haaaaa senang gitu kan?

4 ulasan:

  1. Tak puasa pun blur nak masak apa , apatah lg bila bulan puasa kak mas oii pening haha

    BalasPadam
  2. eh puasa lom lgi dah pening nak berbuka menu apa..hahaa i pening nak sahur menu apa....

    BalasPadam
  3. fikir menu nak masak memang susah sangat..tapi tatau apa yang ssh sgt nyee...dilema sgt kan haha

    BalasPadam
  4. kena buat list kak mas. baru ikt jadual macam kantin asrama sekolah..hehe...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com