terkini dan sensasi

Isnin, 22 Mei 2017

Persiapan Ramadhan

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah lagi 5 hari kita akan menemui Ramadhan, syukur masih diberi peluang bersamanya. 

Bila nak mula berpuasa ni pasti pelbagai persiapan kita lakukan, baik dari segi fizikal, kerohanian hinggalah ke persiapan nak berbuka puasa. Macam Mas tahun ni berpuasa dengan keadaan hamil 5 bulan, jadi kena lebih bersedia supaya mampu berpuasa seharian. Seronok sebenarnya puasa bila mengandung ni, boleh puasa penuh. Tak perlu nak ganti kan? Moga Mas diberi kesihatan dan mampu laksanakan puasa selama sebulan, memang tak boleh skip sahur dan kena ambik makanan yang betul² mengenyangkan macam kurma, oat, susu dan bijirin. 


Anak² pun dah tak sabar jugak nak puasa terutama Airis, walaupun baru umur 5 tahun tapi dia tahu puasa tu tak boleh makan dan minum waktu siang. Siap cakap, "Mama nanti puasa Airis tak boleh makan dan minum hari siang. Susu je boleh, kalau tak Airis lapar!" Hahahaa, pandai kan ko dik. Tetiba je susu boleh minum, kata tak boleh makan dan minum langsung. Takpelah, itu pemahaman dia kan? Janji dia tahu apa itu puasa dan ada rasa nak belajar berpuasa.

Bab juadah berbuka puasa, Mas akan cuba masak setiap hari untuk husband dan anak². Lagi pun sekarang dah boleh memasak, jadi takdelah masalah untuk masak hari². Pastu bulan puasa pun waktu bekerja dah ubah, boleh balik seawal jam 4 petang. Jadi sempatlah nak siapkan juadah berbuka. Lagi satu bulan puasa ni anak² cuti sekolah kan, jadi Atikah pun ada kat rumah. Bolehlah dia bantu mamanya memasak, takdelah kalut sangat kat dapur. Sempatlah mama nak buat kuih yang mudah² untuk berbuka, sebab anak² ni mesti nak ada kuih. 

Bab pergi bazar Ramadhan memang dan 3 tahun tak jejak kaki ke bazar. Lagi pun memasak dan buat kuih sendiri jadi takde apalah nak dibeli. Pastu sekarang semuanya dah mahal², tak mampu wooo nak membeli hari². Baik masak, puashati sikit makan kan? Memanglah orang cakap sama je belanja memasak dan beli di luar, tapi kepuasan tu yang kita nak. Belum tentu makanan yang dibeli tu menepati selera kita, taulah kan kita dah berpuasa seharian sudah tentulah nak makan yang sedap². 

Itu sajalah persiapan Ramadhan Mas. Moga dimudahkan Mas sekeluarga berpuasa serta diberikan keberkatan setiap amalan yang dilakukan. Selamat Berpuasa semua!

7 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan akak berpuasa sebulan tahun ini...bestnya kak dah 5 bulan...syukur alhamdulilah

    BalasPadam
  2. DAH PREPARED JUGAK.. Dah beli baju.. hahaha

    BalasPadam
  3. sama la sue tahun lepas puasa pregnant 4 5 bulan kannn dapat puasa penuh hehehe...haah dah 3 4 tahun tak ulang ke bazar,banyak masak sendiri lagi2 dapat laki nak makan masakan mudah kat rumah je.

    BalasPadam
  4. sama la saya..dah lama tak jejak bazar ramadan..puas ati walau masak simple je kat umah

    BalasPadam
  5. sama la saya..dah lama tak jejak bazar ramadhan..masak apa yg terlintas walau simple tapi puas ati..kalau kat bazar tu mcm2 bende tengok nak beli..sudahnya tak termakan pon

    BalasPadam
  6. Saya sendiri pon tidak sabar untuk bulan Ramadan tiba. InshaAllah, semoga kita mampu berpuasa penuh tahun ini. I'm a mother (breastfeeding)... dengan harapan susu tak drop waktu berpuasa. Doakan buat saya juga, ya.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com