mrs secretary

Isnin, 10 Julai 2017

Jantina anak : Ikut naluri

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila kita mengandung pasti orang akan tanya, apa jantina anak dan nak anak apa? Pastu kalau dah ada anak² lain mesti anak perempuan nak adik perempuan dan anak lelaki nak adik lelaki kan? Tak kurang jugak si suami, mesti ada impikan jantina anak apa yang dia inginkan. Tapi semua tu ketentuan Allah kan, kita mampu merancang dan inginkan je.


Macam Mas apa pun jantina anak yang bakal dilahirkan Mas tak kisah, janji dia selamat dilahirkan, sempurna dan sihat. Cuma Mas dan husband memanglah ada teringin nak baby apa sebab kami dah ada 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Tentulah nak anak lelaki sebab nak bagi abang Arfan kawan dan cukuplah 2 pasang nanti. Moga dimakbulkan impian tu, tapi kalau rezeki baby perempuan jugak kami terima dengan syukur! Atikah dan Airis nantilah yang seronok dapat geng lagi, hehehee!

Cuma biasanya kalau hamil Mas akan ikut naluri pasal jantina anak ni. Mengandung kali ni memang naluri kuat kata anak lelaki, dari awal mengandung lagi. Alhamdulillah naluri Mas untuk 3 anak sebelum ni semuanya betul, biasanya masa kandungan 2-3 bulan naluri tu dah kuat pasal jantina ni. Macam masa Atikah dulu memang tak pernah scan pun, tapi dah rasa akan dapat anak perempuan. Syukur tepat rasa tu! Masa Arfan dan Airis pun sama, awal² mengandung naluri dah boleh rasa baby apa. Tapi scan jugak sebab nak sahkan dan senang nak beli barang² baby. 


Insya Allah moga rezeki kali ni dapat anak lelaki. Nanti dah 29 minggu Mas akan scan jugak untuk kepastian, senang sikit nak rancang beli barang² baby. Moga dimakbulkan dan dipermudahkan!

8 ulasan:

  1. betul tu mas, sbg ibu yg mengandung mesti dah ada nalurikan boy or girl...

    BalasPadam
  2. Insyaallah nanti blh sepasang2.. klu tak sian abg xde geng..

    semoga dipermudahkan segalanya kak

    BalasPadam
  3. Bagusnya instinct mama. Tahniah ye

    BalasPadam
  4. kan..tak kisah..yang penting selamat dia lahir dekat dunia ni

    BalasPadam
  5. InshaAllah. Smeoga dipermudahkan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com