terkini dan sensasi

Rabu, 25 Oktober 2017

Memori koleksi kaset

Assalamualaikum...(^ ^)

Tengahari tadi ada tertengok siaran kat Astro pasal memori kaset dan piring hitam, ini memang khas untuk pengumpul koleksi. Bila tengok mereka simpan koleksi² kaset tu, teringat pulak zaman Mas membeli kaset dulu. Masa tu Mas kumpul koleksi kaset kumpulan Ukays, Spring dan Slam. Fuhhh memang nostalgia sangat.


Setiap kali 3 kumpulan ni keluarkan album baru terus Mas pergi kedai kaset, jumpa taukey kedai tu dan tanya dah ada jual belum kaset mereka. Kalau dah ada Mas suruh taukeh kedai tu simpankan satu, sementara Mas nak kumpul duit. Jadi bermulalah misi mengumpul duit belanja sekolah demi sebuah kaset, kadang RM1 sehari dan kadang 50 sen. Bila dah cukup terus pergi kedai kaset tu dan beli, dapat je memang gembira tak terkata. 

Yelah masa tu harga kaset takdelah mahal sangat, dalam berbelas ringgit kalau tak silap. Jadi dalam masa 2 minggu Mas dah dapat beli satu kaset, gigih tau menyimpan duit belanja setiap hari. Pastu kumpul lagi untuk beli kaset lain pulak, tapi cuma 3 kumpulan itu jelah. Hehehee, Mas memang minat lagu jiwang karat dan tangkap leleh ni.

Sayang sungguh tau dengan kaset² tu, yelah beli dari hasil duit sendiri. Setiap hari dengarlah kat radio lama arwah mak, memang layanlah. Kalau tak silap lebih 10 koleksi kaset yang Mas ada, takdelah banyak sangat tapi sebab beli dengan duit kumpul sendiri itu yang rasa berbaloi kumpul koleksi. Sesapa nak pinjam pun tak bagi, sayang wooo!

Cuma sekarang tak tau kemana dah koleksi² kaset tu, rasanya dah hanyut dek banjir besar 2014 kot. Dulu ada lah Mas simpan kat kampung, tapi sekarang satu pun dah takde. Sayang pulak bila ingat balik, bukan senang nak kumpul koleksi² tu dengan duit belanja sekolah sendiri. Tapi semuanya tak dapat dikesan dah, jadi tinggal memori dan kenangan je. Gambar pun takde simpan!

3 ulasan:

  1. kalau koleksi kaset2 tu masih ada, agaknya boleh didengar lagi tak kak mas? kadang kalau tape kaset tu macam bermasalah, berlendir jadinya

    BalasPadam
  2. pergh dulu pun suka beli kaset..tapi ntah mana pergi..hahhaa..

    BalasPadam
  3. Hehehe oittt oittt sama.laa kita selalu beli kaset Ukays dan jugak Slam..mmg giler2 laaa dulu lambat dgr album baru diaorang mmg g bli laaa.. skarang ni dah tatau pah mana semua tu..hilang di bawa arus masa..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com