Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 6 Januari 2018

Dapat jugak TV kabinet baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Tengoklah TV kabinet lama ni, dah penuh mural hasil kreativiti Airis. Hehehee sebab itulah Mas nak sangat beli yang baru, lagi pun yang lama tu dah 7 tahun hayatnya. Beli masa mula² pindah ke Salak Tinggi ni, lama berjasa tu. Jadi tempat Airis lepak sambil main pun dah lama, dari dia kecik lagi. Dah bergoyang² dah, tapi masih kukuhlah.


Pastu nak beli yang baru tu bukannya boleh main beli je, kena ada duit dan cari kedai yang buat jualan murah. Barulah dapat beli yang murah sikit tapi berkualiti. Mula² ada jugak tengok di Ikea, dah berkenan dan harga pun berpatutan tapi habis stok pulak. Frust jugaklah tak dapat beli sebab memang dah berkenan sangat, nak tunggu stok baru malaslah pulak. 

Jadi alternatifnya cari je kat kedai perabot biasa, yang penting mampu milik. Masa dok cari tu kebetulan pulak ada kedai perabot kat Tesco Nilai ni buat jualan murah, sempena tahun baru katanya. Belek² katalog berkenanlah dekat satu kabinet ni, nampak biasa tapi cantik. Harga pulak RM400++ tapi lepas diskaun jadi RM219 je, memang dalam bajet Mas tu. Lagi pun Mas memang dah bajet nak beli kabinet yang harga tak lebih dari RM300. 


Inilah kabinetnya, biasa je kan tapi nampak cantik. Dah siap dah husband pasang semalam. Suka kabinet ni sebab kiri kanan dia ada rak bertutup, senang sikit nak simpan barang. Takdelah cepat berhabuk macam rak sebelum ni. Pintu tu pulak jenis slide, jadi memang susahlah sikit nak rosak dan mudah nak buka. Sangat menepati citarasa Mas, suka!

Camne pulak dengan kabinet lama, buang ke? Ehhh taklah, kabinet tu masih elok lagi. Rugilah kalau buang kan, jadi Mas jadikan rak tempat simpan barang² kegunaan di dapur. Letak rice cooker, letak bekas beras, letak tong barang² dan macam² lagilah. Baru nampak kemas sikit ruangan tu yang selama ni bersepah sikit. Haaaa itu gunanya barang lama yang masih elok, jangan dibuang tapi gunakan untuk letak dan simpan barang² lain.


Itulah Mas, suka beli yang murah je janji rumah nampak kemas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com