terkini dan sensasi

Khamis, 4 Januari 2018

Nasib ada kakak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Nasib baik jugak ada kakak, bolehlah tunjuk ajar si Arfan ni buat kerja sekolah dan ulangkaji. Ada kelebihan jugaklah kakak tak tinggal di asrama, kalau tak susah jugak nak bantu adiknya. Nak harapkan mama memang boleh, tapi biasalah tak semua soalan mama dapat bantu. Sebab subjek sekarang memang KBAT sangat, mama pun pening tengok soalan. 

Arfan dah darjah 6 sekarang jadi tak boleh main² dah, awal sekolah je dah banyak kerja sekolah cikgu bagi. Jadi Mas memang suruh dia minta tolong dengan kakaknya untuk bantu, mana yang tak fahamlah. Yang faham dan tahu kenalah selesaikan sendiri, kakak tu cuma bantu je. Tapi Mas nampaklah kesungguhan dia bila dah darjah 6 ni, lebih tumpukan pada pelajaran.


Kakak ni pulak kadang nak ajar adik tu ada jugak mood dia, dan dia malas jangan nak paksalah. Tapi Mas main psikologi sikitlah dan cakap kat dia, "Apa guna kakak ada kat rumah kalau tak bantu adik, lebih baik mama paksa tinggal kat asrama. Haaaaa tak payah bantu terus!" Bila dia dengar Mas cakap camtu barulah nak tolong adik tu. 

Sebenarnya dia bukan tak mau bantu tapi biasalah nak ambil mood jugak kalau nak ajar orang ni, macam mama jugaklah. Kalau tengah serabut dan penat, memang tangguh dulu nak ajar anak². Kalau ajar jugak mama jadi singa dan stress, asyik nak marah je. Anak² pun susah nak belajar kalau camtu kan? Jadi Mas biarlah Atikah tu tenang dan dah habis buat homework dia barulah suruh dia bantu adik.

Ada hikmah jugaklah kan kakak tak tinggal di asrama ni, lega sikit mama. Boleh dia bantu apa yang patut terutama bab ajar adik²nya. 

2 ulasan:

  1. kakak dah besar dapat la bantu adik2 dalam pelajaran pula kan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah syukur.. ada kakak dapat la bantu adik dia .. moga2 kejayaan mengiringi anak2 Mas..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com