terkini dan sensasi

Khamis, 1 Februari 2018

Kira bajet sebelum bercuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Perlu ke nak kira bajet kalau nak pergi bercuti, bukan ke boleh bawa je duit secukupnya atau lebih. Memang boleh camtu tapi bagi Mas lebih suka kira bajet dulu, supaya perbelanjaan lebih teratur dan tak terlebih bajet pulak. Pastu manalah tahu duit tak mencukupi ke, kan kes naya tu. 

Biasanya Mas akan kira bajet sebelum bercuti, semasa bercuti dan untuk kegunaan kecemasan. Kalau sebelum bercuti Mas akan asingkan siap² duit untuk bayar hotel, bayar kereta sewa jika ada serta duit untuk minyak dan tol. Bila dah diasingkan mudah bagi Mas nak gunakan duit tu bila nak buat bayaran nanti, takdelah tetiba duit nak bayar hotel tak mencukupi pulak bila dah sampai ke destinasi. 


Pastu bajet semasa bercuti pulak seperti duit untuk makan minum, untuk bayaran tiket masuk, untuk shopping atau beli cenderahati dan untuk servis dobi jika perlu. Macam duit untuk makan Mas akan buat anggaran, kalau 5 hari bercuti berapa duit untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Bajetlah lebih sikit, sebab manalah tahu nak makan besar ke. Untuk tiket masuk ke tempat² yang nak dilawati tu Mas tengoklah kat google dulu, ikut harga tiket semasa. Baru senang nak sediakan duitnya.

Lagi satu duit untuk kecemasan, haaa jangan ingat masa bercuti takde kecemasan tau! Kita tak tahu malang tu, kalau nak jadi bukan kuasa kita nak halang. Mas pernah alami masa bercuti di Sabah tahun 2012, masa tu pergi dengan adik beradik. Sekali tanpa diduga anak kakak Mas terjatuhkan TV kat hotel kami menginap, habis pecah TV tu. Hotel pun minta ganti rugi dengan kami RM150, takdelah banyak sebab mereka pun tahu perkara tu tak sengaja. Nasiblah masa buat bajet percutian Mas memang dah sediakan RM200 untuk kecemasan. Jadi tak perlulah nak mintak lagi kat semua orang kan?

Haaa sebab itulah perlu bagi Mas kita kira bajet sebelum bercuti, takde hadapi masalah nanti. Bolehlah kita bercuti dengan tenang dan gembira sebab duit untuk semua kegunaan dah mencukupi. Letak dalam sampul siap² dan tulis duit tu untuk kegunaan apa, nak guna nanti ambil je. Memang nampak remeh tapi cara tu lebih sistematik, ikut pengalaman Mas lah. 

3 ulasan:

  1. bagus kak mas, perancangan rapi sebelum macam ni memang patut buatkan. kalau tak serabut kepala otak fikir. First time tahu ada kes terpecahkan TV hotel. mujur kak mas ada duit kecemasan. Thanks ingatkan, huda sebelum ni tak pernah lagi sediakan duit kecemasan.

    BalasPadam
  2. Budget memang sangat perlu. Kena ada perancangan yang betul dan konsisten baru memudahkan kehidupan. Kak Nina pun list budget panjang berjela!

    BalasPadam
  3. tips yang bagus. saya pun suka asingkan duit siap-siap. Lagi2 kalau pergi ke negara orang. kadang-kadang currency berbeza buat kita miscalculate.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com