Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 21 Februari 2018

Membeli coklat di Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebut je nak bercuti ke Langkawi apa yang korang suka selain pelbagai tempat menarik, kalau Mas dah semestinya coklat! Sebut nama Langkawi terus teringatkan coklat, tak sah kalau tak membeli coklat kalau ke sana. Kadang cadang nak beli sikit je tapi bila dah masuk dalam kedai coklat tu habis jugaklah RM200 ke RM300, lagilah bawak anak² yang sama hantu coklat macam mamanya. Haaa tengoklah hasil tangkapan oleh anak² masa bercuti di Langkawi hari tu, pokai mama!


Tapi nak membeli coklat ni kena pandai pilih kedai tau, kalau boleh bandingkan harga dulu baru beli. Macam Mas ni masa datang Langkawi dedulu mesti ingat kat Haji Ismail Group je yang jual coklat, ingat coklat ingat HIG. Masa tu tak pernah pun pergi kedai lain, mesti tuju ke HIG dulu. Padahal ada je kedai lain yang jual dengan harga lebih murah, cuma bukan semua coklatlah. Kena tengok dan pilih dulu!

Jadi sekarang Mas dah pandai, sebelum beli Mas akan survey 2-3 kedai dulu termasuk HIG. Bandingkan harga dan senaraikan coklat mana murah di kedai yang mana, baru senang nak beli. Memang ada sesetengah coklat murah di HIG tapi adalah jugak yang murah kat kedai lain, haaa baru Mas tahu. Kalau dulu datang Langkawi hanya beli coklat kat HIG je, tapi sekarang tak dah. Sebab Mas dah pandai survey dan bezakan harga!

Cuma harga coklat di Langkawi sekarang dah tak semurah dulu, contohnya coklat Daim. Kalau dulu satu pek ni baru RM10++ je, tapi sekarang kalau kat HIG dah RM17.90 harganya. Kat kedai lain ada jugak yang jual murah sikit, RM15.90 je. Pastu Nutella pun puas Mas survey nak dapat harga murah, dapatlah kat satu kedai ni RM22.50 untuk botol besar 630gram tu. Tapi kalau peminat coklat Cadbury lebih baik beli kat HIG sebab harga dia lebih murah berbanding kedai lain.

Haaa sebab itulah Mas cakap kena pandai bandingkan harga, jangan main beli je. Sebab nak shopping masa bercuti ni kalau boleh berjimat kita berjimat kan?

3 ulasan:

  1. memang betul cara macam tu, baru tak rasa terkilan bila terjumpa coklat yang harga lagi murah di tempat lain :D

    BalasPadam
  2. Seronoknya bercuti ke langkawi. Tapi memang kan sekarang harga coklat sana pun boleh tahan juga. Nak beli kena tengok2 dulu dan bandingkan yang paling berbaloi.

    BalasPadam
  3. Seronoknya dapat borong coklat .. beki banyak2 simpan dalam peti ais.. nikmat tuu hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com