terkini dan sensasi

Sabtu, 24 Februari 2018

Perubahan kakak Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Sudah tentulah bila ada Aiyra dia orang yang paling seronok dan teruja, kadang tu tak nak kongsi adik dengan abang dan kakaknya. Hanya dia sorang boleh main dengan adik dan pegang adik, kalau kakak abang nak pegang siaplah bergaduh. Kadang adik tengok pun jadi panik, dok bergaduh depan dia. Sudahnya mama bawak lari je adik, semua tak boleh pegang. Hahahaa!

Tapi satu yang Mas perasan sejak ada Aiyra ni dia dah banyak berubah, makin rajin dan makin dengar kata. Macam kalau nak suruh mandi punyalah susah, tapi bila nampak mama nak mandikan adik terus laju dia nak mandi. Kalau tidak jenuh nak suruh, dia nak mandi jugak tu sebab nanti dapat main dengan adik. Sebab mama dah cakap sapa belum mandi memang tak boleh pegang atau main dengan adik.


Lagi satu rajin bila disuruh terutama apa yang berkaitan dengan adik, laju je dia buat. Suruh sekali je, kalau tak berkali² panggil pun belum tentu nak tolong. Pastu tolong tu memang tak banyak tanya, buat je apa yang disuruh. Jadi sekarang kalau nak suruh dia tolong mama petik je nama Aiyra, hahahaa baru senang sikit nak minta tolong kan?

Nak jaga adik pun memang dah boleh harap sangat, diam je adik kalau dok dengan dia. Cuma kena peratikan lebih sikit sebab dia dah berani angkat adik, pantang dibiar. Dia reti dah sebenarnya cuma agak kasar dan tak pandai kawal, sebab tu kena tengok. Aiyra tu pulak pandai sangat kalau dok dengan kakak Airis tu, diam je! Syok agaknya dengar kakaknya tu membebel ntah apa², hehehee!

Itulah Mas perati dia memang banyak berubah dan boleh harap dah sejak ada Aiyra ni, nampak sikap sebagai kakak tu. Harap dia boleh jaga adiknya sampai bila², alahhh sebak pulak mama rasa. Besar sangat dah Airis mama tu!


4 ulasan:

  1. mama dah ada pembantu setia, kakak aiyra :D

    BalasPadam
  2. Baguslah tu, kak aiyra dah jadi seorang kakak yang bertanggungjawab.. boleh tlg mam jaga adik😊

    BalasPadam
  3. Wahh bagusnya kakak airis ni.. seronok la tu dapat jagan adik aiyra. Hehehe mama pon senang la nak buat keje sebab ada kak aitis tlg2 tgkkan adik.. pembantu terbaik mama laa ni ..

    BalasPadam
  4. https://haruanpuyu3rasa.blogspot.com/

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com