Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 3 Mei 2018

Agrofarmstay Melaka : MEGA BONANZA 2018!

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa suka pergi Melaka, sila angkat tangan. Mas suka jugak, rasanya dah lebih 5 kali pergi. Selain tak mengambil masa perjalanan yang lama, banyak tarikan menarik kat Melaka ni. Pastu kalau sampai Melaka wajib cuba Coconut Shake Klebang dan Keria Antarabangsa, haaa tak cuba memang rugilah!

Pastu selain tarikan tu, kat Melaka ada banyak hotel² dan resort² untuk penginapan. Salah satu tempat yang berbaloi adalah Agrofarmstay Melaka, katanya tahun ni pihak mereka ada buat promosi menarik!


Agrofarmstay Melaka : Mega Bonanza 2018
Haaa ni nak cerita, tahun 2018 ni sekali lagi Agrofarmstay Melaka mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan. Jimat dari segi apa tu? Sudah tentulah sesuatu yang berbaloi iaitu bagi korang yang ingin adakan Hari Keluarga sesama keluarga, rakan pejabat atau reunion akan dapat penjimatan sekurang²nya RM1000 sehingga RM3900. Wowww banyak tu, tak nak ke? Kalau nak mari kita tengok apa pakej yang ditawarkan? 

Sabar naaa, nak ceritalah ni! Tawaran yang diberikan kali ini adalah untuk pakej Family Day, iaitu dengan konsep tempah dahulu bayar kemudian. Haaa menarik tau, tak perlu pening² nak fikir bila tarikh nak buat pastu baru boleh tempah hotel. Ambik je pakej Family Day kat Agrofarmstay ni, pilih je tarikh mulai hari ini sehingga 31 Mac 2019. 


Tapi kena ingat tempoh promosi ni terhad, bermula dari 25 April 2018 hingga 13 Mei 2018 sahaja. Jadi cepat² tempah dulu, tarikh tu kemudian bagitau pihak Agrofarmstay. Berbaloi kan?

Apa kandungan Pakej Mega Bonanza 2018
Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang sahaja, tapi kalau lebih 20 orang boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan disediakan sepanjang penginapan terdiri daripada makan tengahari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Pastu ada jugak sukaneka sebanyak 5 games, siap ada jurulatih tau! 


Apa lagi? Haaa bagi kaki karaoke jangan risau, boleh berkaraoke puas² kat sini. Untuk yang suka aktiviti air pulak jangan bersedih, ada aktiviti kayak dan memancing. Cuma untuk memancing tu perlu bawak joran sendiri je, ikan jangan bawak pulak. Hahahaa!

Selain tu tarikan lain adalah beramah mesra dan bagi makan haiwan² seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Haaa yang ni menarik ni! Untuk anak² pun tak dilupa, pihak Agrofarmstay ada sediakan aktiviti pertandingan mewarna untuk mereka. Masa nilah nak tengok bakat anak² kita kan? 


Lagi satu pihak Agrofarmstay akan sediakan hamper untuk aktiviti sukaneka dan pertandingan mewarna, jadi takdelah balik tangan kosong kan? Tak lupa jugak, mereka akan bagi baucer Family Day dengan nama keluarga masing². Fuhhh banyak betul aktiviti dalam pakej ni, berbaloi sangat!

Harga yang ditawarkan
Pastinya sangat berpatutan dengan wang ringgit korang!

(i) Harga asal tanpa promosi untuk 20 pax ialah RM3780 (RM189 per pax).
(ii) Harga promosi pakej 2 hari 1 malam untuk 20 pax ialah RM2780, harga jatuh RM139 per pax sahaja. 
(iii) Bagi tambahan yang melebihi 20 pax, harga per pax untuk dewasa ialah RM139 dan kanak² ialah RM99 sahaja. Maximum 78 pax! 


Haaa sangat murah dan dijamin berbaloi tau! Untuk tempahan sila layari:

Whatsapp/SMS/Call: 012-2118246/016-2098623/012-2025647
No. Telefon Pejabat: 06-2322761

1 ulasan:

  1. Wahh berbaloi2 ni kalau bawa family. Byk aktiviti plk tu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com