Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 1 Jun 2018

Tabung Harapan Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini sikit pandangan Mas ye, yang tak suka tak payah nak bising² dan kecam² tau! Bagi Mas bagus jugak Tun M wujudkan Tabung Harapan Malaysia tu, sekurang²nya kita dapat bantu sedikit untuk langsaikan hutang negara tu. Selama ni kita tak tahu pun negara ada masalah camni, bila dah tahu sebagai rakyat prihatin kita bantulah setakat termampu.

pastikan nombor akaun yang betul sebelum menderma


Pastu lagi satu nak derma atau tidak itu hak kita, takde pun Tun M tu letakkan syarat semua rakyat Malaysia wajib menderma. Derma seikhlas hati kita walaupun hanya RM1, sekurangnya dapat tambah pahala di bulan Ramadan ni. Bagi yang tak nak menderma, itu pun takpe sebab itu hak korang. Tapi janganlah dok bising membawang sana sini, haaa tambah dosa je. Kempis pahala puasa tu!

Nak tambah sikit lagi, memanglah ada yang dok cakap pakar ekonomi kata kewangan negara kita masih kukuh. Tak perlu nak risaulah, tak perlu wujud tabunglah, tak perlu dermalah. Tapi itu kita nampak luaran, masalah dalaman kita tak pernah tahu kan? Jadi inilah usaha Tun M untuk selesaikan masalah dalaman yang dah lama tu, lagi pun tabung ni dibuat secara telus dan diaudit setiap duit yang diterima.

Jadi bagi Mas takde isu apa² pun, nak derma terpulang pada kita dan tak nak derma itu hak kita jugak. Lagi pun setiap jumlah yang diterima akan diumumkan setiap hari untuk rakyat tahu, haaa baguslah tu. Mana pernah sebelum ni buat tabung derma diumumkan jumlah yang dapat, tetiba senyap camtu je.

Ingat satu je, kita bantu kita dapat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com