Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 19 Julai 2018

Kenduri manggis dulu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Gembira tak terkata bila dapat jejak kaki kat kampung, bau durian menyambut kepulangan kami. Turun je kereta apa lagi, terus masuk ke dusun durian. Tapi hampa sebab sebiji durian pun takde, semuanya seronok dok atas pokok. Tak nak langsung gugur, tak kesian kat tuannya ni.


Letih menunggu durian² tu, lebih baik Mas kerjakan buah² manggis yang dah masak ranum tu. Ada lebih kurang 4-5 pokok yang berbuah, tapi tak semua buahnya masak. Ada lagi yang masih muda, masak berperingkat ni. Terus suruh husband tebang buluh untuk buat galah, pastu guna botol air mineral untuk dijadikan corong. Ini nak elakkan buah dari jatuh ke tanah, kalau jatuh nanti tak boleh disimpan lama sebab ia akan jadi keras. 

Seronok wooo jolok buah manggis ni, sekejap je dah dapat ½ baldi. Buah² yang kulitnya dah hitam sangat senang nak jolok, sentuh sikit je dengan galah dah masuk dalam corong. 4 batang pokok jugak dikerjakan Mas tadi, seronok tengok hasil yang dapat. Adalah lebih kurang 50 biji, puashati makan dengan anak². Berebut² semuanya suruh mama kupaskan, nak kupas sendiri depa tak reti. 


Haaa ni pun tak boleh nak berhenti makan, nak habis dah ½ baldi tu. Buahnya manis sangat, takde pun yang rosak. Sedap dan nikmat dapat makan hasil dari dusun sendiri, rezeki! Esok nak suruh husband panjat pulak, sebab banyak nampak lagi yang masak kat atas pokok tu. 

1 ulasan:


  1. شركة تنظيف منازل بالخبر

    شركة تنظيف منازل بالخبر شركة المثالية هي افضل شركة تنظيف بالخبر يمكنكم التواصل معها للحصول علي افضل خدمات تنظيف المنازل والشقق والفلل والبيوت والمجالس والكنب والسجاد والموكيت والمفروشات بجودة عالية ومواصفات قياسية حيث تعد شركة تنظيف منازل بالخبر اولي الشركات التي التي تخصصت في مجالل التنظيف بالخبر ولديها خبرة كبيرة وعمالة ماهرة وادوات تنظيف حديثة وطاقم عمالة مدرب علي اعلي مستوى فلا تترددوا في الاتصال بشركة المثالية للتنظيف بالخبر وسوف تحصلون علي افضل الخدمات المنزلية من نظافة ومكافحة حشرات بارخص الاسعار

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com