Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 18 Julai 2018

Termimpi² kutip durian

Assalamualaikum...(^ ^)

Hahahaa sampai termimpi² kau!

Mas ni memang hantu durian, 4-5 biji tu Mas boleh habiskan sorang je. Jadi bila makcik jiran kat kampung tu bagitau durian² kat dusun tu dah gugur teruslah seronok sangat. Meroyan rasa nak balik kampung, sebab ingatkan bulan 8 nanti baru gugur.


Mulanya minggu lepas dah nak ajak husband balik, tapi malangnya tetiba kereta Exora buat hal. Ada masalah sampai tak boleh nak hidup enjin, hadoi memang pening kepala dibuatnya sebab dah rancang nak balik minggu ni. Bertungkus lumuslah abam pomen baiki, kalau tak meroyan teruk ai tak dapat balik. Hahahaa demi durian tau!

Alhamdulillah semalam panjang lagi umur Exora tu, masalah tak boleh hidup tu dapat diatasi. Lompat bintanglah ai, sebab esok bolehlah teruskan misi balik ke kampung makan durian. Haaa tak sabar aihhh, terbayang² dah durian berlambak gugur. Bukan takat durian je tapi manggis, rambutan, petai pun dah masak ranum buahnya. Rezeki rezeki rezeki!

Durian kat kampung Mas ni sebenarnya dah lama tak berbuah lebat dan banyak, sejak tahun 2011 lagi. Kali terakhir berbuah banyak tahun 2011 tu memang puas makan, siap ajak sedara mara dan kawan² datang. Siap boleh buat berbalang² tempoyak sebab buah terlalu banyak, makan tak habis. Harap sangat tahun ni hasilnya seperti tahun 2011 tu, barulah puas kami adik beradik makan.

Aok tunggu koi balik wahai durian, hehehee!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com