Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 17 Julai 2018

Hampir takde stok susu Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh Mas rasa perjalanan menyusukan Aiyra adalah yang paling mencabar berbanding adik beradik dia yang lain. Pernah hampir putus asa, stress dan hampir takde stok susu! Tapi berkat Mas istiqomah dan terus berusaha, rezeki untuk dia dipermudahkan. Boleh baca jugak luahan Mas kat entri ni, Ada lagi rezeki Aiyra.

Tapi yang terjadi minggu lepas ni agak memberi tekanan pada Mas, bayangkanlah stok susu dia hanya ada 1oz sahaja. Apa boleh Mas buat dengan 1oz, nak bagi dia menyusu kat rumah pun tak cukup. Masa tu dah buntu, nangis dan mengadu kan husband. Dia pun buntu, tak tahu nak bantu camne? Sampaikan dia dah nak pergi beli susu formula untuk Aiyra, bimbang esoknya takde susu nak bekalkan untuk dia. 


Hati seorang ibu kan, mana sanggup nak bagi susu formula pada anak yang belum cecah umur setahun pun. Apa pun terjadi Mas kena usaha, tak boleh terus mengalah. Jadi Mas tekad, pam hari tu mesti dapatkan 4 botol. Wajib dan tak boleh tidak, tak boleh skip waktu makan dan kena minum air secukupnya. Alhamdulillah berkat daya usaha, dapatlah Mas pam 3 botol masa kat pejabat. Pastu kebetulan hari tu Aiyra menyusu 3 botol je kat taska, jadi ada lebih 1 botol. Maka cukuplah stok 4 botol untuk bekal hari esok, Ya Allah bercucuran airmata, Allah masih bantu niat murni Mas!

Walau dah cukup stok, Mas tetap pam jugak sebelah malam untuk buat spare. Dapat jugaklah sebotol. Ikutkan Aiyra ni kalau kat rumah dia kurang sikit menyusu, biasanya 1-2 botol sahaja. Tapi bila di taska selalu habis stok 4 botol yang dibekalkan, padahal dah bekal makanan untuk pagi dan tengahari. Dah siap pesan dengan pihak taska, lepas 3 jam dia makan baru bagi susu. Tapi biasalah pihak taska bukan nak ikut sangat pesanan kita, anak menangis sikit je mereka suapkan susu. Kadang tak habis pun Aiyra minum, membazir je!

Itulah dugaannya menyusukan Aiyra, kalau Mas tak kuat semangat memang dah lama bagi susu formula. Tapi demi azam dan nekad nak susukan dia sehingga umur 2 tahun, Mas kena usaha lebih dan lebih lagi. Kena disiplin dan konsisten mengepam, kena lupakan diet yang kaw² tu sebab kalau tak makan nasi susu akan merundum. Takpelah mama tak kurus, janji susu untuk Aiyra mencukupi.

3 ulasan:

  1. Semoga tak putus rezeki untuk ayra..

    BalasPadam
  2. Moga dipermudahkan.. dan murah rezeki untuk menyusu Aiyra.

    BalasPadam
  3. saya pun macam bila dah start kerja, susu dah makin kurang..tak tahulah sebab stress ke apa..hopefully susu makin bertambah balik

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com