terkini dan sensasi

Isnin, 16 Julai 2018

Perancis, Juara Piala Dunia 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Félicitations à la France!
Haaaaa kita cakap Perancis lah, hehehee.


Amboi seronoklah penyokong Perancis, masih bergembira dengan kemenangan pasukan pilihan mereka. Memang Perancis menepati ramalan ramai peminat bolasepak akan menjuarai Piala Dunia tapi Mas dari awal tetap berpihak pada Crotia. 

Mas tahu pasukan underdog ni mampu memberi saingan hebat pada Perancis, ia terbukti semalam apabila games dikuasai oleh Crotia. Tapi kesilapan demi kesilapan yang mereka lakukan telah musnahkan impian tu, tapi apa pun Crotia tetap terbaik bagi Mas. Walaupun pemain mereka telah lakukan kesilapan menanduk bola ke gawang sendiri pada awal perlawanan tapi mereka dapat menyamakan kedudukan satu sama. 

Cuma kesilapan bola terkenang tangan di kotak penalti telah sedikit sebanyak memusnahkan harapan Crotia untuk menang, Perancis dengan banggakan hasilkan gol kedua dari sepakan penalti. Lepas Perancis dapat gol kedua tu Crotia dah sedikit goyah, pada separuh masa kedua mereka dengan senang² berikan 2 gol lagi kepada Perancis. Dengan itu leburlah impian menjulang Piala Dunia walaupun mereka berjaya jaringkan gol kedua, takde rezeki dah!


Walaupun tak bergelar juara kita harus bagi pujian pada Crotia, pasukan underdog yang tak dijangka langsung akan ke perlawanan akhir. Tahniah jugak pada pemain Crotia, Luka Modric kerana dinobatkan sebagai pemenang Bola Emas Piala Dunia 2018. Ada jugaklah penghargaan untuk pemain pasukan Crotia, memang dia layak. 

Tahniah Perancis, tahniah Crotia dan tahniah jugak pada semua pasukan yang terlibat, jumpa lagi di musim 2022.

2 ulasan:

  1. France menang yer...eh, tak ambil tahu pasal piala dunia ni...hahaha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com