terkini dan sensasi

Ahad, 15 Julai 2018

Udang Galah Viral RM1

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ada jugak terbaca dan tertengok kat Facebook pasal Udang Galah Viral RM1 ni, tapi takdelah terfikir nak beli sebab nun jauh kat KL. Cuma memang murahlah ia dijual dengan harga RM1 seekor, udangnya pun besarlah jugak. 


Pastu ada jugak husband dok cerita pasal udang ni, Mas pun cakap kat dia kalau dapat beli seronoknya lah, dapat 20 ekor pun dah puas makan anak beranak. Sekali hari Selesa tu husband ada cakap dia dah tempah RM20 udang ni, katanya ada orang akan hantar ke Nilai. Haaa apa lagi gembira tak terkatalah kan, terus suruh dia tambah tempahan jadi RM30. Nak tambah lebih lagi dah tak boleh sebab dah terhad, ramai rupanya yang beli. Ada tu sampai RM200!

Udang ni diaorang ambik kat Terengganu katanya, kat sana mereka ternak dalam sangkar kat sungai. Memang viral betul Udang Galah ni, sana sini boleh tengok orang jual. Pembekal yang husband ambik ni dia bawak 12 ribu ekor untuk diagihkan ke 3 tempat, haaa banyak gila! Kat Nilai ni 4000 ekor, Bangi 4000 ekor dan Shah Alam kalau tak silap 4000 ekor jugak. Fuhhh memang untung kau!


Mas yang dapat 30 ekor ni pun dah puas makan, buat Gulai Lemak Cili Api je. Bertambah nasi semuanya makan, isi udangnya manis dan sedap sangat. Nanti ada rezeki bolehlah beli lagi, hehehee!

4 ulasan:

  1. terbaek.. febret ejulz udang ni.. kalau bakar pun dah sedap. hehe

    BalasPadam
  2. Saya sudah beli tapi bukan RM1,harga RM1.50 dengan saiz kecil saja

    BalasPadam
  3. Sedapnya..kat area mana udang viral ni kak Mas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com