terkini dan sensasi

Sabtu, 14 Julai 2018

Pembuka selera : Santan Durian

Assalamualaikum...(^ ^)

Musim durian kali ni Mas merasa makan durian puas², sesebelum ni tak merasa sangat pun. Jadi bila ada rezeki tu teruslah puaskan hati, makan durian puas² dan masak makanan berasaskan durian sepuasnya.


Hari tu dah buat Serawa Durian, ni memang menu wajib kalau ada durian. Seronok tengok anak² berselera makan, siap suruh buat lagi. Hehehee nanti balik kampung durian banyak kita buat lagi. 

Hari ni teringin pulak nak makan Santan Durian, haaa ni pun menu wajib jugak buat kalau musim durian. Dulu masa arwah mak ada, kalau musim durian setiap hari dia buat Santan Durian ni. Makan dengan nasi panas², ada pulak Sambal Tempoyak dengan Ikan Goreng. Haaa kombinasi lengkap dah tu, seperiuk nasi boleh habis. 


Nak masak Santan Durian ni senang sangat, tak perlu macam² bahan pun. Hanya kena ada durian, santan, garam dan gula. Haaa masukkan durian dan santan dalam periuk, kacau rata sampai menggelegak. Kemudian masukkan sesudu kecil garam dan sesudu besar gula, kacau sampai sebati dan rasalah masin manisnya. Dah sesedap rasa bolehlah padamkan api, dan sedia untuk dimakan dengan nasi panas. Fuhhh tak pandang kiri kanan dah, bertambah nasi kau!

Hehehee, selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. masing-maing dah makan durian..kita je belum

    BalasPadam
  2. tengok gambar pun dah boleh rasa sedapnya

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com