terkini dan sensasi

Ahad, 8 Julai 2018

Tahniah Pahang, Juara Piala FA 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Skuad Tok Gajah!


Alhamdulillah kekalahan Pahang tahun lepas dalam edisi Piala FA telah ditebus dengan kemenangan pada malam semalam. Mas kecewa jugak tak dapat ke stadium, sebab tahun lepas pergi takde rezeki nak tengok Pahang menang. Tahun ni tak pergi, Pahang menang pulak. 

Niat awal memang nak pergi tengok kat stadium, dah nak beli tiket online kat Shopee. Tapi bila fikir balik susah nak bawak anak sekecil Aiyra tu, niat dibatalkan. Pastu ada jugak husband bagi izin Mas pergi dengan Arfan je, tapi bila fikir nak tinggal Aiyra yang masih menyusu tu tak sampai hati pulak.

Tapi takpelah, sokongan padu Mas dari rumah pun cukup berbaloi. Penat woiii emo dan jerit sekuat hati, akhirnya mendatangkan hasil. Memang Pahang main bertungkus lumus semalam, terutama penjaga gol yang berjaya menghalang bola daripada bolos di gawang gol mereka. Pemain defendan pun harus dipuji sebab berjaya menghalang kemaraan pemain Selangor dari menjaringkan gol.


Dengan kemenangan Pahang ni terubatlah sikit rasa kecewa ni dengan kekalahan Brazil di Piala Dunia. Bukan nak samakan kehebatan mereka, tapi kita kenalah sokong jugak skuad bolasepak negara. Kalau kita tak bagi sokongan siapa lagikan, mana tahu suatu hari skuad kita berjaya beraksi di pentas dunia. 

Tahniah sekali lagi untuk Pahang, moga kejayaan tu akan berterusan ke 2-3 tahun lagi. Pastu moga ada rezeki jugak menjuarai Piala Malaysia nanti. Ale Ale Tok Gajahku!

1 ulasan:

  1. wah tahniah pahang...
    kita dh lama xtgk match pahang..
    sbb orang pahang dh jd orang kl dah skrang ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com