Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 3 Ogos 2018

Happy Birthday Abang Arfan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bertambah lagi sorang kategori dewasa dalam keluarga ai, Arfan dah 12 tahun hari ni. Nak beli tiket mana² dah 4 oranglah dewasa, haaa kena merancang betul² lah kalau nak kemana. Bajet untuk dewasa bertambah, hehehee!


Sempena hari lahir dia ni macam biasalah, mama memang tak buat sambutan apa². Dah besar bagi Mas, jadi tak perlulah membazir. Cukup ingatan dan doa, pastu bawaklah pergi makan² dan beli kek dah memadai. Tapi hari ni tak sempat lagi buat semua tu, tunggu hari minggulah. 

Kad pengenalan dia pun tak buat lagi semalam, sebab cadangnya lepas kerja nak bergegas balik ke kampung. Tapi lain hal pulak jadi, teruslah tergendala semuanya. Nanti Mas cerita apa yang berlaku! Jadi hari Isninlah baru pergi buat, dia dah tak sabar nak ada IC sendiri tu. Mentang² dah dapat title dewasa, walaupun hakikatnya perangai masih macam budak². Dok ingat main dan main je!

Doa Mas dan husband untuk dia moga lulus peperiksaan UPSR nanti, walaupun tak dapat semua A tapi janji lulus. Kami harap sangat yang terbaik dari dia, memang dia banyak main sikit tapi Mas tahu dia mampu buat. 

Selamat Hari Lahir Arfan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com