terkini dan sensasi

Jumaat, 10 Ogos 2018

Jadikan ia kesedaran sivik

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa tonton video ni apa yang korang fikir, mesti rasa geram kan? Yelah Mas pun camtu, geram tengok yang dewasa tu dok butakan mata je. Mujurlah ada adik yang prihatin ni, sekurangnya dia ada kesedaran sivik dan adab menaiki kenderaan awam iaitu utamakan orang tua dan ibu mengandung. 


Tapi bila tahu yang semua ini adalah lakonan semata², ramai pulak yang dok marah dan kecam. Terus cakap tak sepatutnya buat eksperimen camni, tak pasal² pelakon semua tu kena kutuk. Laaa yang korang nak meroyan macam gitu buat apa, cuba bayangkan apa yang dilakonkan itu adalah situasi sebenar. Memang ada dan pernah berlaku kan, malah kadang tu lebih teruk dari apa yang dilakonkan tu. 

Jadi apa salah kita jadikan ia sebagai kesedaran sivik, jadikan pengajaran buat kita supaya lebih prihatin. Kalau perkara camni terjadi depan mata kita bertindaklah sebaiknya, janganlah pulak kita jadi macam abang² kakak² dalam video tu. Kita jadi macam pelajar tu, tak pentingkan diri sendiri walaupun dia bawak beg sekolah yang berat. 

Pastu tunjukkan video tu pada anak² kita, pesan pada mereka supaya contohi budak lelaki tu. Tanamkan dalam diri anak² supaya sentiasa tahu adab menaiki kenderaan awam, kena prihatin sentiasa. Haaa kan bagus camtu dari kita dok kecam dan kutuk, buat tambah dosa je. Serupa macam bila kita dok tengok drama petang² tu, jangan sekadar tonton pastu meroyan. Apa kata kita ambik pengajaran yang positif, jadikan peringatan pada diri kita supaya tak lakukan perkara yang sama. 

Bagi Mas walau ianya sekadar lakonan, memang ada sebenarnya mentaliti masyarakat camni. Jadi baguslah kita jadikan video ni sebagai kesedaran sivik, moga kita tak tergolong berperangai camtu ye!

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com