terkini dan sensasi

Khamis, 8 November 2018

Bila idea takde!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah minggu ni memang dugaan betul nak menulis di blog ni, kekangan idea! Puas dari pagi bawak ke malam dok fikir apa yang nak ditulis, tapi buntu je. Baca entri lama, baca entri kawan² blogger dan baca akhbar tetap tak tahu nak tulis entri apa. 


Haaa pernah tak korang alami keadaan camni, bersemangat nak menulis tapi idea segan² nak muncul. Mesti rasa penat otak nak fikirkan, akhirnya biar jelah blog tak update. Kalau ada entri kerja selamatlah sikit, takdelah buntu fikir idea. Cuma Mas ni blogger sendu sedan, jadi jaranglah ada entri kerja. Jadi nak blog sentiasa ada pengunjung memang kena tulis entri sendiri, kalau tak jawapnya memang tak update. Ni pun trafik Mas dah merundum sikit sebab selalu lambat je keluar entrinya.

Untuk maintain trafik tak jatuh sangat memang Mas kena update setiap hari, dah jadi rutin. Buntu camne pun nak cari idea, Mas kena usaha jugak. Lagi pun dari blog ni jugak Mas ada dapat rezeki, sebab tu tak boleh abaikan. Biarlah orang nak cakap asyik entri syok sendiri je, janji blog ni ada pembacanya yang tersendiri. Pastu client pun masih percaya pada blog Mas untuk terus bekerjasama, itu yang Mas kena jaga!

Masalah takde idea Mas tak boleh jadikan alasan, kena usaha dapatkan. Haaa tulis entri ni pun dah kira idea jugak kan, boleh buat pembaca untuk membaca. Itu sajalah cara Mas kalau betul² takde idea nak tulis apa! 

Ok nak fikir apa nak tulis untuk esok pulak, idea oh idea cepatlah engkau muncul!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com