terkini dan sensasi

Rabu, 7 November 2018

Kisah Tupperwareku!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa korang yang wanita tu mesti peminat Tupperware kan? Mas dulu gila jugak dengan Tupperware ni, siap jadi ahli lagi. Pastu tiap kali ada barang baru mesti nak membeli, yelah bila ahli dapat harga murah sikit. 

Haaa banyak jugak Mas membeli masa tu, husband pun geleng kepala je tengok. Tapi dia tengok Mas guna semua yang dibeli tu jadi takdelah dia bising pun. Lainlah kalau buat pameran, mesti dia tak bagi beli dah. Kebanyakan bekas yang Mas beli masih elok lagi dan masih digunakan, ada jugaklah yang hilang terutama botol air. Belilah banyak kali pun mesti akan hilang, dan yang banyak hilang bila anak² bawak bekal ke sekolah. Serik dah mama korang nak beli botol air jenama Tupperware, beli kat DIY jelah. Kalau hilang takdelah meroyan kan, hahahaa!


Pastu ada jugak bekas yang penutupnya pecah dan rosak, tapi Mas tak buang sebab boleh je beli penutup baru. Cuma nak dijadikan kisah menyayat hati bila 2 biji bekas bawang Mas ni penutupnya rosak, dah bercadang nak beli penutup baru tapi lain jadinya. Sekali tengok bekasnya dah lesap masa husband dok mengemas rak kat dapur, Mas syak dia dah buang Tupperware tu. Sekali dia cakap tak buang pun, ada abang guna. 

Pelik jugak Mas masa tu, guna untuk letak apa pulak. Sekali bila dia tunjuk, haaaaa nak luluh jantung ai tau tak. Boleh pulak dia jadikan bekas bawang Tupperware ai tu tempat simpan barang² spare part kereta dia. Bila dah tengok tu tak tahu nak cakap apa, kalau budak kecik yang buat memang dah kena cepuk dah. Yang mampu buat Mas berleter jelah siang dan malam, hahahaa! 

sadis kan?

Nak kutip semula dan basuh Mas malas dah, jadi redha dan pasrah jelah tengok Tupperware tu jadi tempat letak spare part kereta. Takpe nanti Mas tuntut kat dia belikan bekas bawang yang baru, dah tengok dah katalog Tupperware tu. Ada yang baru, warna merah hitam lagi. Haaa siap kau abang ai tuntut tau, hahahaa!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com