Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 12 November 2018

Gegar Vaganza 5 : Minggu Separuh Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy Zamani berjaya ke Konsert Akhir Gegar Vaganza 5, puashati ai! Korang yang rasa dia tak layak angkara lupa lirik lagu Dekat Padamu tu, dok diam² ye. Lagi pun Zamani dah bagi penjelasan yang dia bukannya lupa lirik tapi masalah teknikal, ikutkan dia nak ulang balik nyanyi tapi disebabkan pertandingan dia terpaksa teruskan jugak. Tapi dia dah tebus balik kesilapan itu untuk lagu kedua, memang memukau dan pastinya juri pun bagi markah tinggi serta melayakkan dia ke akhir.


Ramai jugak yang cakap dia dah legend tapi nak jugak masuk GV dan bagi Mas tak perlulah dijadikan isu, apa salahnya dia nak masuk. Mungkin dia nak bina semula keyakinan diri menyanyi di pentas besar setelah lama tak menyanyi di konsert camtu, jadi tak perlulah diisukan! Pastu ada jugak dok kata dia jadi mangsa marketing pihak penganjur, laaa kalau korang rasa camtu tak perlulah tonton GV ni. Mas tengok memang nak ikuti Zamani sebab minat dia dari zaman Slam dan sebab dah lama tak dengar dia menyanyi.

Haaa habis dah Mas bebel pasal Zamani, ni nak cerita pulak pasal Konsert Separuh Akhir semalam. Bagi Mas konsert semalam ada 2-3 peserta kurang menyengat persembahan mereka, banyak kesilapan yang dilakukan. Juri pun nampak tak berpuashati, dan 2 peserta yang tersingkir pun memang dah dijangka. Cuma Noryn dan Amelina duduk di 2 tangga teratas tu Mas kurang setuju, Mas tak nampak pun kehebatan persembahan mereka. Tak tahulah camne juri bagi markah, vokal memang kuranglah tapi mungkin markah tinggi dari segi persembahan kot?

Rasanya Billy Zulkarnain dan Maya lagi bagus kot, nampak peningkatan dalam persembahan mereka. Jadi mereka patutnya boleh duduki 2 tangga teratas, dan diikuti Zamani serta Dia Fadila. Tapi apa pun juri dah buat keputusan, 6 peserta ni layak ke Konsert Akhir. Bertemakan Lagu Duet dan akan ada jugak Battle Rap antara mereka, haaa pastinya Mas tak sabar nak tengok persembahan mereka nanti.


Inilah kedua² pilihan lagu untuk semua peserta di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5.

Lagu Duet
Noryn Aziz & Awi Rafael | Laskar Cinta (Dewa 19)
Amelina & Bob | The Power of Love (Celine Dion)
Dia Fadila & Ajai | Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti)
Maya & Ernie Zakri | Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor) 
Zamani & Ameng | Lagu Jiwa Lagu Cinta Mawi & M. Nasir)
Billy Zulkarnain & Idayu | Curiga (Ning Baizura)

Lagu Battle Rap
Dia Fadila & Noryn Aziz | Where Is The Love (Black Eyed Peas)
Amelina & Maya | Teman Pengganti (Black & Malique)  
Billy Zulkarnain & Zamani | Bunga (Altimet) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com