Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 13 November 2018

Kisah menyayat hati adik Zara

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekali lagi kita dikejutkan dengan kes penderaan bayi yang masih kecil, baru berusia 11 bulan. Kali ni paling kejam, bukan sahaja dia didera fizikal tapi secara seksual oleh suami pengasuhnya sendiri. Ya Allah luluh jiwa raga bila baca, terus terbayang anak sendiri. Tergamak dia perlakukan bayi sekecil tu, tak terbayang ke kalau itu anaknya sendiri.


Kes penderaan kejam terhadap kanak² ni oleh pengasuh dah makin menjadi², tapi seolah tiada kesudahan. Lagilah hukuman mati nak dimansuhkan ni, sedikit sebanyak memberi peluang pada pelaku untuk bertindak sebegitu lagi selepas habis hukuman. Sapa tahu kan, orang dah ketagih buat perkara camtu tak mustahil dia akan buat lagi. Harap kerajaan pertimbangkan dan kaji balik bab pemansuhan hukuman mati ni!

Pastu satu lagi kita ibu bapa ni kena lebih berhati² dalam bab memilih pengasuh anak ni. Kena selidik dengan teliti latar belakang mereka, apa pekerjaan suami mereka, perwatakannya dan cara hidup mereka. Bila dah puashati dan dijamin anak kita selamat dibawah jagaan pengasuh tu barulah kita hantar. Jangan sebab terdesak cari pengasuh kita bahayakan nyawa anak dengan hantar ke pengasuh yang kita hanya kekal melalui Facebook, elakkanlah jadi camni. Nanti kita yang menyesal tak sudah!

Yang paling penting kalau kita dah nampak kat badan anak ada kesan lebam atau luka, cepat² bawak jumpa doktor. Jangan terus percaya cakap pengasuh yang anak kita digigit atau terjatuh, risau hal sebaliknya yang berlaku. Pastu kalau anak kita dok menangis je bila nak hantar ke pengasuh, mesti ada sesuatu yang tak kena. Siasat dulu, janganlah terus je hantar tanpa fikirkan apa sebabnya.

Moga kes adik Zara ni jadi ikhtibar untuk kita semua, dan moga kes sebegini tak berlaku lagi. Mas harap sangat si pelaku durjana tu dikenakan hukuman berat, setimpal dengan kesalahan dia lakukan. Al- Fatihah untuk adik Zara!

2 ulasan:

  1. sangat menyedihkan...kes sebegini seharusnya diambil berat dan dijatuhkan hukuman berat pada si pelaku..

    BalasPadam
  2. sangat menyayat hati..minta dijauhkan dengan perbuatan ini... tak dapat bayangkan anak yang baru berumur 11 bulan ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com