Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 8 Januari 2019

Isu jemput anak di sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam ada tengok kat FB pasal seorang budak sekolah dok tidur kat kaki lima depan sekolah, kesian sangat! Mas pun tak tahu sebab apa jadi camtu, mungkin dia tertinggal bas sekolah atau ibu bapa lambat jemput. 


Sebenarnya bila perkara ni terjadi, masing² kena lebih peka sebenarnya. Bukan sahaja anak², malah ibu bapa dan pemandu bas/van sekolah tu. Nak harapkan anak² sahaja tak boleh sebenarnya, mereka ni kadang² leka bermain sampai tak perasan bas/van dah pergi. Pastu ditambah dengan penat lagi, kadang tak tersedar pasal semua tu. 

Jadi pemandu bas/van sekolah kenalah peka, kena pastikan anak² yang naik bas/van tu dah cukup. Jangan jalan selagi tak cukup jumlah yang sepatutnya, walaupun nak cepat. Kalau misalnya seorang anak takde, cuba telefon ibu bapa anak tu. Mungkin dia balik dengan mak ayah ke pada hari tu, jadi lebih baik tanya sebab manalah tahu ibu bapa lupa nak bagitahu ke? Bagi Mas itu tanggungjawab pemandu untuk pastikan anak² selamat pulang ke rumah.

Pastu kalau ibu bapa yang ambik anak² setiap hari kenalah tahu jadual waktu anak balik setiap hari. Jika tak nak lupa letak reminder dalam handphone ke, senang supaya tak terlupa. Lagi satu kalau sesibuk mana pun janganlah biar anak² tunggu lama, kesian mereka dan bahaya untuk mereka. Mungkin kita fikir "Alaaa anak aku selamat kat sekolah tu, jemput lambat sikit takpe!" Tak boleh fikir camtu sebab bahaya ada di mana². 


Macam Mas semua anak memang Mas dan husband yang jemput setiap hari, bergantung pada jadual kerja husband. Kalau dia syif siang Mas akan jemput kat sekolah, jadi Mas akan tunggu 10 minit lebih awal sebelum anak keluar. Jadual balik mereka Mas akan tanya setiap hari walaupun dah tahu, hanya untuk pastikan Mas atau husband tak lupa. Kadang kami akan ingatkan antara satu sama lain, yelah bila sibuk bekerja semua benda jadi lupa kan?

Memanglah orang cakap, kalau dah lupa tu akan lupa jugak. Tapi jika kita buat reminder, saling ingat mengingati sesama suami isteri dan ingatkan anak untuk telefon kalau kita lambat datang pasti perkara camni boleh dielakkan. Sama² kita jaga keselamatan dan demi kebaikan anak² kita!

3 ulasan:

  1. alahai kesiannya budak tu.. alhamdulillah spanjang sekolah x berdepan macam tu kalo x mesti terkesan. kalo mak ayah lambat mesti dari pagi dah tahu so akan tnggu dalam kawasan sek. mmg kena alert.. especially yg naik bus ke van ke..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah,sesibuk kak mas dan suami.Anak2 tak diilupakan. Sama lah macam Ina,akan datang jemput anak2 awal.Biarlah Ina yang tunggu sekalipun..

    BalasPadam
  3. bagus tips yang akak bagi ni - buat reminder. Ye lah, kadanf-kadang parents memang lupa. sebab banyak sangat benda nak kena ingat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com