Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 14 Januari 2019

Jantung Aiyra sihat 100%!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni Mas pernah cerita pasal Aiyra kena scan jantung buat kali kedua masa umur dia dah masuk setahun. Bagi korang yang belum tahu boleh baca entri Moga temujanji terakhir ni! Cuma Mas belum berkongsi apa keputusan dari scan tu, hari ni baru teringat dan Mas kongsikan kat sini sebagai kenangan.


Mari Mas cerita semula pasal masalah jantung Aiyra ni, sebenarnya masa dia lahir doktor pakar dapat kesan ada 2 lubang kat jantung dia. Masa dapat tahu ni Allah je tahu bagaimana perasaan Mas dan husband, tapi kami tetap positifkan diri dan kena kuat demi Aiyra. Bila doktor buat scan jantung yang pertama masa Aiyra umur 2 bulan, ada perkembangan yang baik. Dua lubang tu dah makin mengecil, tapi tetap kena pantau kesihatan Aiyra. 

Alhamdulillah sebelum temujanji scan kali kedua, Aiyra membesar dengan sihat dan jantung dia takde masalah. Jadi kami memang yakin jantung dia sihat dan 2 lubang tu akan tutup sepenuhnya. Cuma masa hari temujanji tu adalah Mas rasa gementar sikit, yelah siapa tak risau dengan keputusan hasil scan tu kan? Pastu risau jugak Aiyra akan meragam masa nak buat scan tu, yelah dia kan dah makin lasak.

Tapi lega semuanya dipermudahkan, masa scan tu Aiyra bagi kerjasama yang baik. Dia duduk diam je sambil ralit tengok TV, sampai doktor puji dia budak yang paling bagus masa buat scan. Sepanjang doktor scan tu memang macam² rasa ada, bercampur baur tau tak? Hati tak putus² doa moga keputusannya akan buat kami tarik nafas lega dan bersyukur. Bila dah selesai urusan scan tu sekali lagi berdebar nak tunggu keputusan.

Saat doktor bagitau keputusan yang 2 lubang tu dah tutup sepenuhnya dan jantung Aiyra sihat 100%, tak semena² airmata mengalir. Gembira, sebak dan rasa syukur bercampur semuanya, Allah makbulkan doa kami. Dapatlah kami lihat Aiyra membesar dengan sihat sehingga dia dewasa, fuhhh lega yang teramat sangat. Lepas ni dah tak perlu datang temujanji lagi, memang itu yang terakhir. 

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Semoga Aiyra sihat sentiasa dan sentiasa dalam lindungan Allah swt..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com