terkini dan sensasi

Rabu, 5 Ogos 2020

Berkelah di Sungai Kemensah

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya dah setahun lebih Mas tak bawak anak² berkelah kat tepi sungai, ditambah pulak dengan musim Covid-19 dan kena PKP jadi memang tak berpeluang langsung nak pergi. 


Pastu Sabtu lepas tanpa buat perancangan awal, Mas terus ajak husband pergi berkelah. Lagi pun kebetulan nak buat Oden, jadi kalau makan kat tepi sungai sambil mandi manda mesti syok. Pilih punya pilih tempat akhirnya Sungai Kemensah jadi pilihan disebabkan ianya dekat, yelah kami keluar pun dah pukul 1 tengahari. 

Lebih kurang 45 minit perjalanan dari rumah, kami tiba kat kawasan sungai dekat² pukul 2 petang. Tapi dek kerana laluan masuk yang agak sempit, memang sukar sikit untuk kereta keluar masuk. Kereta yang nak keluar mahupun yang nak masuk kena bagi kerjasama beri laluan, kalau tak memang tersekat tanpa bergerak kat tengah jalan tu. 



Setelah menempuh jalan yang mencabar tu, dan usaha nak dapatkan parking kami sampai kat kawasan sungai hampir² pukul 3 petang. Masa agak terhad, tapi syukur dapat jugak peluang nak berkelah. Dekat kawasan Sungai Kemensah ada beberapa chalet disediakan, macam tempat yang kami picnic ni boleh jugak bermalam kat situ dengan bayaran RM110 untuk satu malam. Selepas jam 5 petang barulah di benarkan menginap. 

Kalau tak nak menginap, bayaran masuk ke kawasan sungai adalah RM15 untuk satu keluarga.  Tapinya cuma boleh bentang tikar kat tepi sungai dan duduk di kerusi batu yang disediakan. Untuk lebih selesa kenalah sewa pondok dengan harga RM50, ada tilam dan bantal disediakan dalam pondok. Tempat untuk buat BBQ pun ada disediakan, bawak arang sendiri je. 




Surau, tandas dan tempat tukar pakaian pun ada disediakan. Pastu kawasan sungai pun bersih dan terjaga, memang selesalah untuk berkelah. Pastu SOP pun terjaga kat situ, pengunjung takdelah nak mandi manda kat satu tempat je. Mereka pandai cari port untuk keluarga dan jaga jarak. Anak² Mas pun seronok mandi air sungai yang sejuk dan nyaman tu! 

Mas memang tak sempat nak mandi sebab masa terhad, lagi pun sibuk sediakan makanan untuk anak² dan husband. Tapi sempatlah rakamkan gambar cantik² kat situ, harus datang lagi nanti dan masa tu nak bermalam pulak dan buat BBQ! 




Cuma maaflah, Mas tak sempat ambik nama dan nombor telefon tempat Mas mandi manda tu. Tapi bila nak letak lokasi kat gambar Instagram, dia keluar nama Warisan Hati Rimba. Mungkin betullah nama chalet tu, takpelah nanti Mas datang lagi sekali Mas akan dapatkan nama dan nombor telefonnya. 

Haihhh tak sabarlah nak pergi lagi sekali!




7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sungai Kemensah..
      Dekat dengan BBQ Lamb tu, tapi tempat akak pergi ni atas lagi.. paling hujung!

      Padam
  2. Menarik la...pemandangan pun cantik je...best kalau dpt pi sini

    BalasPadam
  3. Teringin nak pi gak lah, mesti si kembar ni suka. Kami pun dah lama tak mandi sungai.

    BalasPadam
  4. cantik tempat dia.. sungai pun jernih air nya..Mesti diaorang jaga betul2 nih..

    BalasPadam
  5. Cantik tempatnya. Bersih. Sejuk je bila tgk

    BalasPadam
  6. Slmt ptg en,ade kosong lg x tmpt ni en.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com