zaman sekarang kahwin muda dah menjadi satu trend kembali... kalau zaman dulu2 memang ibu bapa kita berkahwin pada usia muda tapi tetap berkekalan hingga ke akhir hayat! tapi pada zaman sekarang jika berkahwin pada usia muda bolehkah seseorang itu bahagia selamanya? boleh sebenarnya... Mas pun berkahwin pada usia yang muda iaitu 23 tahun, tapi perkahwinan Mas masih bertahan sehingga ke hari ini!
yang paling utama adalah kita bersikap matang dalam perhubungan! jangan dek kerana usia yang muda kita anggap diri kita belum matang dalam membuat apa2 keputusan untuk kebaikan rumahtangga... jika suami memahami kehendak isteri dan isteri memahami kehendak suami... maka akan indah dan bahagialah perkahwinan itu! letakkan juga matlamat utama kita berkahwin di usia muda itu... adakah kita berkahwin kerana tuntutan hawa nafsu atau dek desakan ibu bapa? jika matlamat kita di landasan yang benar sudah tentu kebahagiaan berada di dalam gengaman kita...
apa pun jua, segalanya terpulang kepada pasangan itu bagaimana nak mencorakkan perkahwinan mereka... jika inginkan corak yang cantik maka cantiklah tapi jika inginkan corak yang buruk maka buruklah jadinya! toleransi dan kerjasama dalam perhubungan itu yang penting... jangan jadikan usia itu sebagai penghalang untuk anda bahagia!
...usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh bertanggungjawab... jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan... yang pastinya, masing-masing baik lelaki atau perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga!
boleh je bahagia.. contohnya ramai.. ada juga akwan yg kawin muda bahagia sehingga sekarang..memang betul kita perlu ada semua sifat yg telah awak nyatakan itu..:)
BalasPadam@Farah Shamsudin
BalasPadamkan? mesti boleh punya!
pokok pangkal terpulang pada hati..
sebelum membuat keputusan yang besar baik istikharah dahulu
BalasPadam@Fitri Senin
BalasPadambetul tu!
insyAllah dapat petunjuk..
salam , singgah berGEGAR berapa skala rector td tu...
BalasPadamAlhamdulillah akak pun turut berbangga bila berkahwin muda...yg penting niat dan keikhlasan dan tahu konsep berumah tangga mengikut syari'at Islam.
@ [mamaDiana]
x kira la muda atau berusia pasangan tersebut, yang paling penting ilmu dan peribadi nakhoda yang bakal mengemudi bahtera rmhtangga...waaa...ayat putaQ gitu!
BalasPadamjOm kOmen kat tentangboolan.blogspot jOm!
@[p@kcikLie] : [ mamaDiana]
BalasPadamterima kasih sudi singgah!
betul tu...apa2 bergantung pada niat!
@Mr iZzo (^^,)
BalasPadamterima kasih sudi singgah!
tips akak adah amik buat panduan adah..sebab umur adah baru masuk 20 tahun..dan bakal mendirikan rumah tangga dalam beberapa bulan je lagi..sangat penting info nie..sebab darah muda cepat mendidih..banyak kesabaran..^_^
BalasPadam@mOon jOhari
BalasPadamhehehehe...itulah peranan nakhoda tu, kena pandai mengemudi!
@Syuhadah Razali
BalasPadamterima kasih sudi jadikan ini sebagai panduan..akak sekadar berkongsi!
akak doakan semoga adah selamat menempuh gerbang perkahwinan... apa yang penting sentiasalah bertolak ansur dan saling mempercayai!
akak doakan adah bahagia hingga ke akhir hayat!
khalis setuju dengan kahwn muda..tapi jangan jadikan alasan nak elakkan zina sebagai sebab dan alasan nak kahwin sebab seks..semua ini takkan kekal.. dalam berkahwin ianya lebih dari hubungan atas katil..ilmu di dada..iman..semua kena periksa dulu
BalasPadamthanks kak mas...
BalasPadamapa-apa pun betul kata kak mas,niat kita nak kahwin tu kena baik.insyaAllah Allah permudahkan urusan kita.
@mykhalis
BalasPadamwah!! penyokong kuat ni..hehehe
kalau jadikan semua itu sebagai alasan memang tak akan kekal lama usia perkahwinan itu.. niat tu kena ikhlas!
@Mira Amirudin
BalasPadamok sama2..sekadar berkongsi!
selain berniat baik ianya kenalah ikhlas kerana Allah..mesti bahagia!
jnji matang dalam berfikir..kalau usia dh tua tp fikiran x matang..hurmm ke laut nampaknye ;p
BalasPadamusia just a number..cehh ckp omputih di petang ari ;p
betul kak, kematangan bukan dikira ikut umur..
BalasPadam@♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
BalasPadambetul pinky...
kadang2 yg dah berumur pun tak boleh berfikiran matang!
@Cik Cempaka
BalasPadamya betul tu!
kematangan dikira dari cara kita berfikir...
okeh, pasni nak cakap dengan parents.. "mak abah, tea nak kahwin.." hiks.
BalasPadam