setiap manusia berhak gembira... gembira dapat menghilangkan kesedihan, gembira dapat menghilangkan kesakitan dan gembira juga dapat menghilangkan keresahan! sebenarnya banyak cara untuk kita menikmati kegembiraan dalam kehidupan ini... tidak semestinya kita mendapat sesuatu berita gembira barulah kita nak raikan kegembiraan itu! bagi ibu seperti Mas, melihat anak2 membesar dengan sihat adalah sesuatu perkara yang mengembirakan... apabila anak2 Mas gembira, Mas pun akan turut rasa gembira!
dalam menikmati kegembiraan kita mempunyai pelbagai cara... antaranya adalah melupakan segala kenangan pahit di dalam kehidupan kita! memang agak sukar tetapi jika kita fokus dan tekadkan azam untuk gembira di masa hadapan, pasti kita akan berjaya melupakannya! apabila telah berjaya melupakan segala kenangan pahit itu hendaklah kita bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menikmati kegembiraan bersama keluarga...
selain itu tidak salah sekiranya kita berkongsi kegembiraan dengan individu di sekeliling kita yang sedang menderita dan berduka... mungkin dengan berkongsi itu kita akan lebih gembira dan dapat mengembirakan hati mereka! berpeganglah kepada prinsip, kita akan gembira jika melihat individu lain gembira... tak mustahil saham kebahagiaan dan kegembiraan tersebut turut menjadi milik kita! jadi ianya memberi keuntungan bagi diri kita dalam menikmati kegembiraan... inilah yang dinamakan hukum ganjaran!
hidup perlu ceria sentiasa...ceria juga membawa bahagia.
BalasPadamSetiap keceriaan itu ada batas2nya..jgn lah lalai dan lupa kpd yg Maha Esa.
hepi2 selalu ;)
BalasPadam@p@kcikLie
BalasPadamhehehehee...happy selalu!
@Ardini Humaira
BalasPadamterima kasih!
kaulah kegembiraanku...hehehehe
BalasPadam@ryder
BalasPadamterima kasih!
kau juga kegembiraanku...hehehe