terkini dan sensasi

Ahad, 11 Mac 2012

Macam ni pun sedap!

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah kegemaran Mas, Sambal Tumis Tauhu. Memang sedap! Kalau makan Mas boleh habiskan sampai 5-6 ketul, bertambah nasi pun boleh. Senang dan mudah je menu ni, Mas kongsikan kat sini.

Bahan-bahan
5-6 ketul tauhu putih (dipotong tiga segi dan digoreng)
Segenggam ikan bilis (digoreng) 
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili besar (ditumbuk halus)
8 biji cili kering (dikisar)
Sedikit serbuk perasa, garam, gula dan serbuk pasti sedap

Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk. Bila dah wangi, masukkan cili besar. Tumis hingga cili masak, masukkan cili kering yang dikisar. Masak hingga bahan² tersebut garing. Bila dah garing masukkan serbuk perasa, garam, gula dan serbuk pasti sedap. Kemudian masukkan tauhu dan kacau. Seterusnya masukkan ikan bilis, gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Senang kan cara buatnya, walaupun mudah tapi sedap dan menyelerakan. Kalau makan memang tak pandang orang keliling, tambah nasi sudah tentulah. Lagi menyelerakan bila ada jugak Ikan Masin Keropok yang digoreng garing. Tak ketinggalan jugak Sambal Tempoyak yang digaul dengan cili api dan ikan bilis yang ditumbuk halus, mak aihhh meletopsss!

Petua masakan: Kalau memasak apa jenis masakan pun Mas lebih suka bahan tumisnya seperti bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk dengan lesung batu, lagi sedap!



11 ulasan:

  1. makaih..sedapnyee..lapar rasa..kdg2 yg simple2 ni yg sedap=)

    BalasPadam
  2. ya ampunnnnn sedapnyaaa kak. meleleh lior z tgk sambalk tumis tauhu tu taw

    BalasPadam
  3. letak tempe pulak..nyum nyum nyum

    BalasPadam
  4. teringat sambal ikan bilis garing masak kicap arwah mak buat. Lama dah tak rasa sebab jarang orang buat.

    BalasPadam
  5. sedapnya sambal tu.tapi yang last tu fiza tak makan..huhu

    BalasPadam
  6. wuaaa da la tgh lapar niw..

    BalasPadam
  7. terliur tgk ikan masin tu...

    BalasPadam
  8. eee..kak mas salu buat saya geram !!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com